INFAQ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.
Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA
Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Rabu, 28 September 2022
Ahad, 25 September 2022
MOHON INFAQ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.
Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله.
Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA
Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
MINIT
MESYUARAT JAWATANKUASA KALI PERTAMA SESI 2022-2024
TARIKH : 25 Sept 2022 / 28 Safar 1444H
MASA : 10.30 pagi
TEMPAT : Surau Kampung Solok Kubang Badak
KEHADIRAN : Rujuk LAMPIRAN ‘A’
1.
Ucapan
Aluan Pengerusi
1.1.
Pengerusi
mengucapkan salam dan meraikan kehadiran semua jawatankuasa termasuk penasihat
dan pemerhati. Pengerusi juga mengalu-alukan mereka yang hadir walaupun bukan
ahli jawatankuasa kerana fungsi surau adalah tempat ibadah bukan bersifat
mutlak atau individu tetapi universal atau terbuka. Semua pendapat dan pandangan
jema’ah adalah diraikan.
1.2.
Pengerusi
melahirkan rasa syukur yang amat sangat kerana akhirnya surau Kampung Solok
Kubang Badak dapat diimarahkan kembali dan jawatankuasa dapat diwujudkan untuk
menyelia tadbir surau.
1.3.
Surau
menerima banyak sumbangan dana dari pelbagai pihak. Pengerusi mewakili barisan
jawatankuasa merakam ucapan syukur dan terima kasih kepada mereka yang sudi
memberi infaq tersebut.
1.4.
Sebagaimana
isi surat edaran mesyuarat jawatankuasa, pengerusi memaklumkan agenda mesyuarat
kali pertama ini adalah bertujuan;
1.4.1.
Ta’aruf
yakni sesi suai kenal antara semua jawatankuasa.
1.4.2.
Penubuhan
Biro-Biro bagi melicinkan lagi urusan pentadbiran surau.
1.4.3.
Perancangan
taqwim tahunan.
1.4.4.
Membincangkan
perkara-perkara berbangkit dan lain-lain hal.
Makluman
2.
Sesi
Ta’aruf/suai kenal antara barisan jawatankuasa.
2.1.
Pengerusi memperkenalkan diri kemudian diikuti oleh timbalan
pengerusi, bendahari dan setiausaha. Hampir 95% barisan jawatankuasa hadir
walaupun cuaca hujan sepanjang malam. Termasuk juga dalam sesi ta’aruf ini
penasihat dan 2 orang pemeriksa kira-kira.
2.2.
Salah
seorang daripada 3 orang penasihat surau hadir iaitu Ybhg Dato’ Abd Malek Sa’ad
yang juga merupakan anak jati kampung Solok Kubang Badak.
2.3.
Penasihat
syarak merangkap jawatankuasa iaitu Imam Halim atau nama sebenar beliau Asli Dali
turut hadir dan berkongsi pengalaman.
2.4.
Dua
orang jawatankuasa daripada Port Dickson juga hadir iaitu Pn Rohana Hashim dan
Tun Zubaidah Abu Bakar. Kedua insan ini banyak membantu dan memberi infaq sama
ada secara individu atau NGO yang beliau aktif di dalamnya.
2.5.
Pengerusi
Madrasah Solok Serban Hijau En Noor Arifin Muhammad turut hadir bersama beberapa
orang jawatankuasa beliau memberi moral support kepada jawatankuasa
surau Kampung Solok Kubang Badak.
2.6.
Pengerusi
berharap selepas majlis ta’aruf ini akan lebih merapatkan lagi ukwah antara
semua barisan jawatankuasa dan dapat sama-sama membantu beliau mengurus tadbir
surau dengan lebih baik lagi.
Makluman
3.
Pelantikan
Biro-Biro
3.1.
Pengerusi
membuka cadangan kepada semua jawatankuasa untuk mewujudkan biro-biro yang
berkaitan. Setiausaha mencadangkan wujudkan cuma 4 biro sahaja memandangkan
kita belum ada ramai jema’ah lagi. Biro-biro yang dicadangkan ialah;
1.
Biro
Kebersihan
2.
Biro
Kebajikan
3.
Biro
Keceriaan/Sajian dan
4.
Biro
Dakwah
3.2.
Atas
pandangan Imam Halim, Pengerusi bagi Biro Kebersihan dan Biro Dakwah dipegang
oleh pengerusi surau sendiri untuk lebih memudahkan. Mesyuarat bersetuju dengan
cadangan tersebut. Terpulang kepada pengerusi Biro nanti untuk melantik
pembantu beliau dalam biro tersebut.
3.3.
Biro
Kebajikan pula diserahkan kepada Bendahari kerana beliau lebih arif kedudukan
kewangan surau. Ia memudahkan jika nanti surau ingin membuat sumbangan kepada
jema’ah berdasarkan kedudukan kewangan semasa surau. Perkara ini juga disetujui
oleh semua jawatankuasa.
3.4.
Manakala
Biro Keceriaan/sajian diserahkan kepada Pn Zuzana Hasan. Jawatankuasa juga
bersetuju sebulat suara.
Makluman
4.
Taqwim
4.1.
Setiausaha
membangkitkan kembali hasrat anak cucu Kampung Solok Kubang Badak untuk
menganjurkan ‘Pertemuan Ukhwah’ pada skala besar iaitu membabitkan semua anak
cucu Kampung Solok Kubang Badak yang telah lama tidak bertemu. Antara pengisian
pertemuan itu nanti ialah mengadakan bacaan yassin atau tahlil untuk warga
kampung yang telah meninggal dunia. Ini termasuklah nenek moyang kita.
4.2.
Tarikh
cadangan yang diputuskan oleh jawatankuasa setakat ini ialah pada 24hb Dec,
2022 (Sabtu bersamaan 29 jamadilawal 1444H). Setiausaha akan memaklumkan
dari semasa ke semasa jika kedapatan perubahan pada tarikh tersebut.
4.3.
Menyentuh
soal makan minum, jawatankuasa juga memutuskan untuk menggunakan khidmat katering.
Mereka yang terlibat nanti diminta memberi sedikit sumbangan bagi tujuan
tersebut. Jumlah sumbangan belum diputuskan. Bagaimanapun bagi mereka yang
ingin membawa makanan secara pot luck, ia juga dialu-alukan.
4.4.
Sumbangan
untuk penganjuran Pertemuan Ukhwah itu disyorkan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum
tarikh cadangan. Jika terdapat kekurangan dana untuk menampung kos katering maka
Insya Allah, pihak surau akan menambahnya.
Makluman
5.
Lain-lain
5.1.
Bendahari
memaklumkan kedudukan ringkas kewangan surau setakat ini ialah, baki wang di
bank berjumlah RM1870.00 dan baki wang ditangan pula ialah RM3003.30. Ini tidak
termasuk sumbangan terbaru yang belum dimasukan ke bank iaitu sekeping cek
bernilai RM750.00 dan tunai RM50.00. Bendahari menjelaskan baki wang ditangan
yang kelihatan besar angkanya itu adalah kerana ia bertujuan untuk membaik
pulih surau (yang sedang dijalankan) serta untuk membeli almari (tempat simpan
sejadah dan Al Quran).
5.2.
Pengerusi
mencadangkan satu kutipan bulanan dilakukan dengan jumlah minima RM10.00 sebulan
bagi tujuan pentadbiran dan pembayaran bil-bil utiliti. Setiausaha akan
memaklumkan perkara ini dalam kumpulan whatsapp Anak Cucu Kg Kemadak. Imam Halim
pula mencadangkan jumlah kutipan tersebut tidak ditetapkan tetapi terpulang
kepada mereka yang hendak menginfaq. Beliau juga mencadangkan infaq atau
sumbangan boleh juga dibayar sekaligus RM120 setahun untuk lebih memudahkan.
5.3.
Imam
Halim membangkitkan tentang papan tanda kubur. Kalau boleh papan tanda kubur
Kampung Solok Kubang Badak dipasang kerana papan tanda lama telah rosak/hilang.
Perkara ini akan dibincangkan nanti untuk menentukan sumber mana hendak
digunakan.
5.4.
Untuk
pengisian surau, pengerusi ada cadangan untuk mengadakan kelas mengaji yang
akan dikendalikan oleh Imam Halim. Bila kelas ini akan bermula bergantung
kepada sambutan.
5.5.
Masalah
parking yang terhad, Dato’ Malek yang juga antara penasihat surau
memaklumkan, beliau telah memajukan kepada jabatan berkaitan untuk menurap kembali
jalan kampung sepanjang lebih kurang 1.8km. Ketika itu nanti, kawasan parking
disisi jalan akan diturap sekali.
Makluman
Sebelum pengerusi
menutup mesyuarat, timbalan pengerusi menjemput Imam Halim untuk membacakan doa
bagi mendapat keberkatan mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.55 tgh
LAMPIRAN ‘A’
SENARAI JAWATANKUASA SURAU KAMPUNG KUBANG BADAK SESI 2022-2024
Jumaat, 9 September 2022
PEMBUKAAN AKAUN SEMASA SURAU DI BANK RAKYAT MASJID TANAH
Bank Rakyat Cawangan Masjid Tanah
ALHAMDULILLAH akhirnya akaun bank semasa surau dapat dibuka di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah pada 07hb sept, 2022. Selain 3 orang penama yang hadir (Pengerusi En Osman Mohd Isa, Timbalan Pengerusi En Abdul Aziz Hamzah dan Bendahari En KD Azlan Maji), turut hadir ialah setiausaha En Tajol Ariffin Hasan dan 2 orang jawatankuasa (En Mohamad Noor @Jamai dan En. Sidek Adam) serta penasihat surau Dato' Malek sa'ad.
Oleh kerana ramai jawatankuasa yang hadir termasuk penasihat, maka kesempatan diambil oleh jawatankuasa berbincang tentang hala tuju surau. Bantuan daripada Prasarana akan disusul oleh Dato' Malek sementara lain-lain bantuan, setiausaha akan membuat surat rasmi nanti. Beberapa agensi dan jabatan serta orang perseorangan telah dikenal pasti untuk tujuan tersebut.
Dengan pembukaan akaun semasa surau ini, bendahari tidak perlu lagi menyimpan wang tunai yang banyak ditangan melainkan sedikit untuk simpanan petty cash. No akaun ialah : 11-0203123-5 Kepada mana-mana agensi atau jabatan atau individu yang ingin menginfaq kepada surau, ia amat dialu-alukan. Sumbangan boleh dimasukan terus ke akaun semasa surau.
Sabtu, 20 Ogos 2022
KRONOLOGI SURAU
KRONOLOGI SURAU
TIDAK mungkin dapat saya menuliskan kronologi surau Kampung Kubang Badak
ini secara tepat dan lengkap. Ia memerlukan kajian dan penyelidikan dari
orang-orang lama di kampung ini. Dan kita semua ketahui, ramai antara mereka
yang telah meninggal dunia. Bahkan Saya sendiri merupakan generasi ke 3 atau ke
4 atau barangkali ke 5.
Kampung Kemadak atau dalam surat beranak
beberapa sahabat, saudara mara tertulis Kampung Kubang Badak. Bagaimanapun nama
asal kampung ini ialah Kampung Solok Kubang Badak. Kedudukannya yang berjiran
dengan Kampung Solok Serban Hijau menyakinkan itulah nama sebenar kampung ini. Perkara
ini disahkan sendiri oleh orang lama kampung ini iaitu Abg Udin (En Kamarudin
bin Hamid).
Berbalik kepada kronologi surau, sebenarnya
surau Kampung Kubang Badak ini begitu gah suatu ketika dulu. Saat itu jumlah
penduduk kampung sekitar 100 orang. Kebanyakan mereka bekerja sebagai penoreh
dan bersawah padi. Saya masih ingat, antara imam surau ini ialah arwah ayah Napi
dan arwah atok Sa’ad. Saya difahamkan arwah Lebo juga pernah menjadi imam di surau
kebanggaan penduduk ini suatu masa dulu. Ketika arwah Lebo menjadi imam, saya telah
pun berhijrah ke Seremban.
Pembinaan surau ini mendapat peruntukan terus
daripada Ketua Menteri Melaka Ketika itu iaitu Tun Abdul Ghafar Baba (1959 –
1967). Peruntukan tersebut juga termasuk untuk membina jambatan hitam yang panjang
yang merentangi sawah padi antara Kampung Kubang Badak ke Kampung Sungai Siput.
Saya jangkakan surau asal ini dibina sekitar tahun 60-an. Bermakna usia surau
ini telah melebihi 50 tahun! Jambatan hitam yang penuh nostalgia itu pun telah runtuh tanpa meninggalkan kesan.
Kegemilangan surau akhirnya menjadi suram
tatkala ramai penduduk asalnya berhijrah ke bandar kerana peluang untuk bekerja di kampung hanyalah sebagai penoreh atau petani. Surau Kampung Kubang Badak
kesudahannya terbiar kerana ketiadaan Jemaah. Ia berlarutan selama hampir 30 tahun.
Bagaimanapun struktur asas surau tetap utuh lantaran berkatnya orang-orang
dahulu yang mungkin mendoakan agar Allah memelihara surau ini. Buktinya, ruh
surau tetap hidup di kalangan anak cucu warga Kampung Kubang Badak.
Tanggal 17 julai, 2022, akhirnya satu gotong
royong dilakukan untuk kembali membersihkan persekitaran surau. Saya sendiri
menerima panggilan dari Jamai yang mengajak saya balik untuk bersama-sama
membantu gotong royong. Tetapi Ketika itu ada majlis perkahwinan anak
saudara. Jadi saya tidak dapat hadir.
Akan tetapi rohaniah surau memanggil saya
begitu kuat. Ketika Jamai mencadangkan agar saya membuat satu platform medsos
(media social) untuk menghimpun anak cucu warga Kampung Kubang Badak, saya
terus mewujudkan whatsapp group khas bagi tujuan tersebut. Dari kumpulan
whatsapp inilah bermulanya pertemuan di alam siber bagi anak cucu warga Kampung
Kubang Badak sekaligus merapatkan kembali silaturahim yang hampir terputus. Manakan tidak,
ada antara kami yang telah lama tidak berjumpa lebih yakni dari 10 ke 30 tahun. Yang bujang telah berkahwin. Yang berkahwin telah bercucu bahkan ada juga yang telah meninggal dunia (Al Fatihah-dibaca dalam hati)
9 ogos, 2022, setelah beberapa perancangan dibuat akhirnya satu mesyuarat khas telah diadakan bertujuan untuk mewujudkan jawatankuasa surau. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh wakil Masjid Ar Rabbani iaitu S/U masjid dan kehadiran beberapa jemaah termasuk pengerusi Madrasah Solok Serban Hijau sebagai pemerhati. Kehadiran mesyuarat khas itu adalah seramai 32 orang.
Akhirnya sebuah jawatankuasa dapat dibentuk (rujuk SENARAI JAWATANKUASA).
Mesyuarat pertama jawatankuasa surau berjaya direalisasikan pada 25hb sept, 2022 dengan kehadiran 12 daripada 14 orang jawatankuasa termasuk beberapa orang pemerhati dan penasihat surau.
Berikut adalah kronologi ringkas perjalanan surau dihidupkan kembali.
09/08 : Mesyuarat khas pelantikan jawatankuasa
29/08 : Menghantar permohonan rasmi untuk mendaftarkan surau ke JAIM
01/09 : Surau berjaya didaftarkan semula
Isnin, 15 Ogos 2022
MINIT MESYUARAT KHAS PENUBUHAN JAWATANKUASA SURAU SOLOK KUBANG BADAK
MINIT MESYUARAT KHAS PENUBUHAN JAWATANKUASA SURAU SOLOK KUBANG BADAK SESI 2022-2024
TARIKH : 9 OGOS 2022 / 9 MUHARAM 1443H
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : KAMPUNG KUBANG BADAK
KEHADIRAN : RUJUK LAMPIRAN
1.
Ucapan
Pengerusi
1.1.
Pengerusi
merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir
dalam mesyuarat khas ini.
1.2. Pengerusi
memaklumkan bahawa Pengerusi JK Masjid Ar-Rabbani dan Pengerusi JPKK Kampung
Sungai Siput tidak dapat hadir bersama kerana ada urusan lain yang perlu
diselesaikan. Pengerusi JK Masjid Ar-Rabbani meminta agar SU JK Masjid
Ar-Rabbani mempengerusikan mesyuarat ini.
1.3.
Pengerusi
juga memaklumkan bahawa JPKK Kampung Sungai Siput akan diwakili oleh En. Mohd
Farid Fadilah Bin Md Razali selaku Timbalan JPKK.
1.4.
Pengerusi
menerangkan objektif serta tujuan mesyuarat ini dijalankan.
1.4.1.
Melantik
Jawatankuasa Surau Solok Kubang Badak bagi sesi 2022-2024.
1.4.2. Penubuhan
jawatankuasa ini bertujuan untuk mempermudahkan segala urusan pengoperasian
Surau Kampung Solok Kubang Badak. Ini memandangkan surau sudah agak lama tidak
aktif dan program-program perlu dirancang untuk mengimarahkannya kembali.
1.4.3. Penubuhan
jawatankuasa bertujuan untuk membolehkan akaun bank dibuka atas nama
Jawatankuasa Surau Solok Kubang Badak seterusnya memastikan urusan
kewangan surau diurus dengan lebih baik dan sistematik.
1.4.4.
Melantik
Imam dan Bilal Surau Solok Kubang Badak
Makluman
2.
Pelantikan
Jawatankuasa Surau Solok Kubang Badak.Sesi 2022-2024
2.1.
Pengerusi memaklumkan bahawa cadangan bagi jawatankuasa
yang akan dilantik ialah terdiri daripada jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi,
Setiausaha, Bendahari dan 10 orang AJK. Pengerusi menyatakan kesemua 4 jawatan
tertinggi haruslah terdiri daripada penduduk /anak kariah Solok Kubang
Badak yang menetap di kampung manakala bagi AJK ia bergantung kepada keperluan
dan boleh dilantik individu selain dari penduduk kampung yang menetap di situ.
Makluman
2.2.
Pelantikan
jawatankuasa
2.2.1.
Jawatan
Pengerusi
Calon : Encik Osman Bin Mohd Isa
Pencadang : Encik Noor Arifin Bin Mohammad
Penyokong : Encik Abdul Aziz Bin Hamzah
Mesyuarat
sebulat suara menyokong pencalonan Encik Osman Bin Mohd Isa untuk jawatan
Pengerusi JK Surau.
2.2.2.
Jawatan
Timbalan Pengerusi
Calon : Encik Abdul Aziz Bin Hamzah
Pencadang : Encik Osman Bin Mohd Isa
Penyokong : Encik Muhammad Bin Merang
Mesyuarat
sebulat suara menyokong pencalonan Encik Abdul Aziz Bin Hamzah untuk jawatan
Timbalan Pengerusi JK Surau
2.2.3.
Jawatan
Setiausaha
Calon 1 :
Encik Muhammad Bin Merang
Pencadang : Encik Muhammad Syahidan Bin Rajab
Penyokong : Encik Suhaimi Bin Md Ali
Calon
2 : Encik Tajol Ariffin Bin
Hasan
Pencadang : Encik Abdul Aziz Bin Hamzah
Penyokong : Encik KD Azlan Bin Maji
Mesyuarat
telah memilih Encik Tajol Ariffin Bin Hasan sebagai Setiausaha JK Surau dengan
undian sebanyak 17 undi.
2.2.4.
Jawatan
Bendahari
Calon : Encik KD Azlan Bin Maji
Pencadang : Encik Muhammad Bin Merang
Penyokong : Encik Rasmi Bin Abu Samah
Mesyuarat
sebulat suara menyokong pencalonan Encik KD Azlan Bin Maji untuk jawatan
Bendahari JK Surau.
2.2.5.
10
orang ahli jawatankuasa
Mesyuarat sebulat suara menyokong
pencalonan nama-nama di atas untuk jawatan AJK JK Surau.
2.3.
Pelantikan
Imam dan Bilal Surau Solok Kubang Badak
2.3.1. Pengerusi
memaklumkan bahawa pelantikan Imam dan Bilal perlu dilakukan bagi membolehkan
aktiviti solat berjemaah dapat dilaksanakan dengan teratur. Pengerusi juga
memaklumkan bahawa pelantikan Imam dan Bilal ini mestilah dari kalangan
individu yang ada ketokohan dan kebolehan dari aspek fardu ain dan fardu
kifayah.
2.3.2.
Pelantikan
imam dan bilal
Calon :
Encik Osman Bin Mohd Isa
Bilal :
Encik Muhammad Bin Merang
Mesyuarat sebulat suara setuju dengan
pencalonan di atas.
3.
Perancangan
Program dan Aktiviti Surau Solok Kubang Badak
3.1. Pengerusi
memaklumkan agar selepas ini Jawatankuasa yang telah dilantik dapat menjalankan
mesyuarat JK bagi merancang program dan aktiviti pengimarahan surau seperti solat
berjemaah, aktiviti kuliah dan pengajian dan lain-lain aktiviti keagamaan yang
melibatkan masyarakat kampung.
Tindakan : Pengerusi JK Surau
3.2.
Pengerusi
juga mengingatkan sekiranya pihak JK surau berhasrat untuk menjalankan aktiviti
kuliah atau pengajian agar dapat merujuk dahulu dengan JK Masjid Ar-Rabbani.
Ini kerana tenaga pengajar atau penceramah mestilah mendapat tauliah dari pihak
JAIM .
Tindakan : Pengerusi JK Surau
4.
Hal-hal
lain
4.1.
Pengerusi
meminta agar Setiausaha JK surau yang telah dilantik agar dapat menyiapkan
senarai Jawatankuasa yang lengkap untuk diperakukan oleh pihak JAPERUN DUN Air
Limau dan dihantar ke pihak JAIM untuk mendapat pengesahan pelantikan.
Tindakan :
Setiausaha JK Surau
4.2.
Pengerusi
meminta agar Bendahari JK Surau yang telah dilantik agar dapat menyegerakan
tindakan membuka akaun bank untuk JK Surau Solok Kubang Badak agar
pengurusan kewangan lebih teratur dan cekap.
Tindakan :
Bendahari JK Surau
4.3.
Pengerusi
memaklumkan bahawa JK Masjid Ar-Rabbani bersetuju untuk menyumbangkan RM
1000.00 (Satu Ribu Ringgit) untuk kegunaan menjalankan program dan aktiviti.
Makluman
4.4.
Bendahari
Masjid Ar-Rabbani memaklumkan bahawa satu kutipan kilat telah dijalankan semasa
gotong royong pada 17 Julai 2022. Wang kutipan tersebut berjumlah RM1,485.00.
Hasil kutipan tersebut telah digunakan untuk membeli beberapa barang keperluan
seperti atap zink (RM443.00), metadec (RM336.00), paip (RM99.00) dan
lain-lain (RM245.50). Bendahari masjid menyerahkan baki kutipan tersebut (RM361.50)
kepada bendahari surau untuk tindakan selanjutnya.
Makluman
4.5.
Pengerusi
JK Surau Kampung Serban Hijau memaklumkan bahawa satu kutipan telah dibuat
dalam kalangan Jemaah surau Kampung Solok Serban Hijau untuk tujuan sumbangan
kepada Surau Kampung Solok Kubang Badak. Jumlah kutipan ialah sebanyak RM
2150.00 (Dua Ribu Seratus Lima Puluh Ringgit). Sumbangan tersebut akan
diserahkan kepada bendahari JK Surau Kampung Solok Kubang Badak untuk tindakan
lanjut .
Makluman
4.6.
Encik
Mohd Farid Fadilah Bin Md Razali memaklumkan kepada JK Surau Solok Kampung
Kubang Badak bahawa selepas ini sekiranya pihak surau memerlukan bantuan dan
sumbangan yang berkaitan boleh berurusan dengan JPKK Kampung Sungai Siput untuk
dibawa ke peringkat JAPERUN DUN Air Limau.
Makluman
4.7.
Mesyuarat
sebulat suara menamakan 3 jawatan utama iaitu pengerusi, timbalan pengerusi dan
bendahari sebagai penama untuk akaun bank yang akan dibuka. Mesyuarat, juga
memutuskan agar akaun semasa surau dibuka sama ada di Bank Rakyat (Cawangan
Masjid Tanah) atau Bank Islam (Cawangan Masjid Tanah) Mesyuarat juga sebulat
suara bersetuju mana-mana dua individu yang memegang jawatan ini boleh
menurunkan tandatangan untuk urusan pengeluaran wang.
1.
Pengerusi
: Osman Bin Mohd Isa (No KP: 820922-04-5509)
2.
Timb.
Pengerusi : Abdul Aziz Bin Hamzah (No KP: 611003-04-5339)
3.
Bendahari
: KD Azlan Bin Maji (No KP: 740503-01-5639)
Makluman
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tgh
Disediakan oleh
,
MOHD RIZAL
BIN MASLAH
Setiausaha
Masjid Ar-Rabbani Kampung Sungai Siput
LAMPIRAN 1
MESYUARAT KHAS PENUBUHAN JAWATANKUASA SURAU SOLOK KUBANG BADAK SESI 2022-2024
SENARAI KEHADIRAN.
1.
MOHD
RIZAL BIN MASLAH
2.
ZOLFAN
BIN NASIR
3.
JEME
BIN HAMZAH
4.
SHAHRIN
BIN MOHD ZIN
5.
MUHAMMAD
SYAHIDAN BIN RAJAB
6.
MOHD
KHADIR BIN MOHD KHALIL
7.
NOOR
ARIFIN BIN MUHAMMAD
8.
KD
AZLAN BIN MAJI
9.
RUSLEY
BIN SAMSUDIN
10. MAT SIDEK BIN ADAM
11. HALIM
12. JAMAL BIN ISMAIL
13. MOHD AFFANDI BIN MD RAZALI
14. RASMI BIN ABU SEMAH
15. ABDUL AZIZ BIN HAMZAH
16. TAJOL ARIFFIN BIN HASAN
17. MOHAMMAD NOOR BIN MAT YUSUH
18. SUHAIMI BIN MOHD ALI
19. OSMAN BIN MOHD ISA
20. MUHAMMAD BIN MERANG
21. KAMARUDIN BIN HAMID
22. DEWA SAPRI BIN CHE ABD MALIK
23. SYUKRI BIN AB YAJID
24. NAZRI BIN OTHMAN
25. MOHD FARID BIN MD RAZALI
26. SALINA
27. ALWI BIN DAUD
28. CHEK YAH BT HAMZAH
29. TUN ZUBAIDAH BT ABU BAKAR
30. ROHANA BT HASHIM
31. NORHISHAM BT HJ ITHNIN
32. MUHAMAD SYAHIDAN BIN RAJAB
SENARAI JAWATANKUASA SURAU SOLOK KUBANG BADAK SESI 2022-2024
|
BIL |
JAWATAN |
NAMA |
NO.KAD PENGENALAN |
NO TELEFON |
|
1 |
PENGERUSI |
OSMAN BIN MOHD ISA |
820922-04-5509 |
017-3473717 |
|
2 |
TIMB.
PENGERUSI |
ABDUL AZIZ BIN HAMZAH |
611003-04-5339 |
011-18510790 |
|
3 |
SETIAUSAHA |
TAJOL
ARIFFIN BIN HASAN |
670204-04-5271 |
011-11989874 |
|
4 |
PEN.SETIAUSAHA |
RASMI
BIN ABU SERAH |
750929-04-5025 |
017-3181875 |
|
5 |
BENDAHARI |
KD
AZLAN BIN MAJI |
740503-01-5639 |
013-3373574 |
|
6 |
AHLI JAWATANKUASA |
RUSLEY BIN SAMSUDIN |
641007-05-5283 |
019-2141543 |
|
7 |
MAT SIDEK BIN ADAM |
600502-03-5051 |
010-7935488 |
|
|
8 |
ROHANA
BT HASHIM |
570322-04-5530 |
011-37977907 |
|
|
9 |
MOHAMMAD NOOR BIN MAT YUSUH |
680228-04-5195 |
012-6768284 |
|
|
10 |
TUN
ZUBAIDAH BT ABU BAKAR |
660716-05-5036 |
019-3730411 |
|
|
11 |
SHALENA
BT ISMAIL |
750601-04-5208 |
013-2015675 |
|
|
12 |
ASLI
BIN DALI |
570728-04-5055 |
016-3575651 |
|
|
13 |
MUHAMAD
SYAHIDAN BIN RAJAB |
950517-04-5105 |
019-6884713 |
|
|
14 |
NORHISHAM
BT HJ ITHNIN |
701120-05-5068 |
010-3678979 |
|
|
15 |
PEMERIKSA
KIRA-KIRA |
ZUZANA
BT HASAN |
680418-12-5006 |
017-2192524 |
|
16 |
CHEK
YAH BT HAMZAH |
650101-04-5748 |
019-6596379 |
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KELIMA SESI 2022-2024
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE LIMA SESI 2022-2024 TARIKH : 17 Nov 2024 / 15 Jamadilawal 1445H MASA : 10.00 pagi TEMPAT : S...
-
20 Mei, 2023 bersamaan 29 Syawal, 1444 BUAT julung kalinya selepas menyepi selama hampir 30 tahun, Surau Kampung Solok Kubang Badak berjaya...
-
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE LIMA SESI 2022-2024 TARIKH : 17 Nov 2024 / 15 Jamadilawal 1445H MASA : 10.00 pagi TEMPAT : S...
-
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024 TARIKH : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H MASA : 10.00...

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)





