PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Selasa, 8 November 2022

Lawatan Tapak Oleh Kontraktor Yang Dilantik Bersama Pegawai KPLB




Isnin 7hb nov, kontraktor yang terpilih dalam cabutan undian bagi kerja-kerja baikpulih surau Kampung Solok Kubang Badak telah datang meninjau keadaan fizikal surau dan telah diberi keterangan oleh Pegawai KPLB apa-apa perkara yang perlu dibaikpulih berdasarkan arahan BQ (Bill of Quantity).

Turut sama berada di surau ialah pengerusi, setiausaha, bendahari dan penasihat surau. Kerja-kerja baikpulih ini akan dilakukan pada bulan november dan insya Allah akan siap sebelum disember.

Rabu, 26 Oktober 2022

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

EDARAN SEGERA

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Dan Surau

Pegawai Syarak Masjid

Seluruh Negeri Melaka

 

YB Datuk Wira / YB Datuk / S.S Datuk Wira / YBhg. Datuk Wira / YBhg. Dato’ / YBhg. Datuk / Tuan,

 

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

Dengan segala hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa,  berikutan pengumuman pembubaran Parlimen Ke-14 pada 11 Oktober 2022 yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) telah menetapkan Tarikh Pililhan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15) pada 19 November 2022. Semua pihak akan berusaha menjalankan kempen dengan pelbagai aktiviti bagi memastikan. proses pilihanraya berjalan dengan sempurna.

3. Sehubungan itu, bagi memastikan institusi masjid dan surau adalah terpelinara kesuciannya, YB Datuk Wira / YB Datuk / S.S Datuk Wira / YBhg. Datuk Wira / YBhg. Dato’ / YBhg. Datuk / Tuan hendaklah memastikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana berikut dipatuhi :

a. Aktiviti solat berjemaah hanya boleh diimamkan_ oleh pegawai syarak masjid sahaja. Jemputan yang dikaitkan dengan parti politik DILARANG dari memimpin solat;

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

b. Khutbah Jumaat hanya boleh disampaikan oleh Pegawai Syarak masjid sahaja. Khatib jemputan DILARANG daripada menyampaikan khutbah;

c. Penganjuran majlis atau acara yang dihadiri oleh pemimpin parti politik serta anjuran bersama parti politik atau Bersama mana-mana wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah DILARANG;

d. Sebarang pemasangan lambang parti politik seperti pemasangan bendera dan edaran risalah penerbitan di premis masjid dan surau adalah DILARANG;

e. Sebarang bentuk ceramah dan ucapan berkaitan pilihanraya atau politik kepartian atau berkaitan dengan mana-mana NGO adalah DILARANG;

f. Penceramah dari luar Negeri Melaka di masjid dan surau adalah DITANGGUHKAN,

g. Ceramah dan kelas bagi penceramah sedia ada di masjid dan surau yang menjadi calon atau wakil calon dalam PRU Ke-15 hendaklah DITANGGUHKAN; 

h. Program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Melaka di masjid dan surau adalah DIBENARKAN; dan

i. Sebarang penganjuran program sepanjang tempoh kempen PRU Ke-15 di masjid dan surau dalam Negeri Melaka HENDAKLAH mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Melaka.

4. Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 November 2022 sehingga 25 November 2022.

5. Sehubungan itu, seluruh jawatankuasa masjid dan surau serta Pegawai Syarak di Negeri Melaka dipohon untuk mematuhi akan peraturan ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Razali Bin Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan Masjid di talian 019-2347281 / 06- 2882632 atau Tn. Hj. Hussin Bin Hj. Muhamad, Ketua Nazir Masjid dan Madrasah di talian 019-6662594 / 06-2882639.

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

6. Keprihatinan dan kerjasama YB Datuk Wira /YB Datuk /Datuk Wira /YBhg. Datuk Wira /YBhg. Dato’ /YBhg. Datuk /Tuan terhadap perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA"

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"DAHULUI DAN DIIKUTI"


Saya yang menjalankan amanah,

Dato' Che Sukri Che Mat

Pengarah

Jabatan Agama Islam Melaka

 

s.k  : Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

: Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka

: S.S Mufti Kerajaan Negeri Melaka

: Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka

: Ketua Polis Melaka

: Pegawai Khas Agama Kepada YAB Ketua Menteri Melaka

Rabu, 5 Oktober 2022

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka

Assalamualaikum w.b.t.

Sabtu ini, 8 Oktober 2022, bermula pada jam 6.00 petang..

Majlis Agama Islam Melaka bersama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan program Malam Cinta Rasul bersempena dengan karnival Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022M/1444H.  

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


Melakaku Maju Jaya

Rakyat Bahagia

Menggamit Dunia




Ahad, 25 September 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA KALI PERTAMA


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image

MOHON INFAQ

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah. 

Dengan penuh taqzim, kami  ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.

ان شاء الله. 

Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA 

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah. 

 ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI PERTAMA SESI 2022-2024


TARIKH          : 25 Sept 2022 / 28 Safar 1444H

MASA             : 10.30 pagi

TEMPAT         : Surau Kampung Solok Kubang Badak

KEHADIRAN  : Rujuk LAMPIRAN ‘A’

 

 

1.    Ucapan Aluan Pengerusi

 

1.1.        Pengerusi mengucapkan salam dan meraikan kehadiran semua jawatankuasa termasuk penasihat dan pemerhati. Pengerusi juga mengalu-alukan mereka yang hadir walaupun bukan ahli jawatankuasa kerana fungsi surau adalah tempat ibadah bukan bersifat mutlak atau individu tetapi universal atau terbuka. Semua pendapat dan pandangan jema’ah adalah diraikan.

1.2.        Pengerusi melahirkan rasa syukur yang amat sangat kerana akhirnya surau Kampung Solok Kubang Badak dapat diimarahkan kembali dan jawatankuasa dapat diwujudkan untuk menyelia tadbir surau.

1.3.        Surau menerima banyak sumbangan dana dari pelbagai pihak. Pengerusi mewakili barisan jawatankuasa merakam ucapan syukur dan terima kasih kepada mereka yang sudi memberi infaq tersebut.

1.4.        Sebagaimana isi surat edaran mesyuarat jawatankuasa, pengerusi memaklumkan agenda mesyuarat kali pertama ini adalah bertujuan;

 

1.4.1.           Ta’aruf yakni sesi suai kenal antara semua jawatankuasa.

1.4.2.           Penubuhan Biro-Biro bagi melicinkan lagi urusan pentadbiran surau.

1.4.3.           Perancangan taqwim tahunan.

1.4.4.           Membincangkan perkara-perkara berbangkit dan lain-lain hal.

      Makluman

 

2.    Sesi Ta’aruf/suai kenal antara barisan jawatankuasa.

 

2.1.        Pengerusi  memperkenalkan diri kemudian diikuti oleh timbalan pengerusi, bendahari dan setiausaha. Hampir 95% barisan jawatankuasa hadir walaupun cuaca hujan sepanjang malam. Termasuk juga dalam sesi ta’aruf ini penasihat dan 2 orang pemeriksa kira-kira.

2.2.        Salah seorang daripada 3 orang penasihat surau hadir iaitu Ybhg Dato’ Abd Malek Sa’ad yang juga merupakan anak jati kampung Solok Kubang Badak.

2.3.        Penasihat syarak merangkap jawatankuasa iaitu Imam Halim atau nama sebenar beliau Asli Dali turut hadir dan berkongsi pengalaman.

2.4.        Dua orang jawatankuasa daripada Port Dickson juga hadir iaitu Pn Rohana Hashim dan Tun Zubaidah Abu Bakar. Kedua insan ini banyak membantu dan memberi infaq sama ada secara individu atau NGO yang beliau aktif di dalamnya.

2.5.        Pengerusi Madrasah Solok Serban Hijau En Noor Arifin Muhammad turut hadir bersama beberapa orang jawatankuasa beliau memberi moral support kepada jawatankuasa surau Kampung Solok Kubang Badak.

2.6.        Pengerusi berharap selepas majlis ta’aruf ini akan lebih merapatkan lagi ukwah antara semua barisan jawatankuasa dan dapat sama-sama membantu beliau mengurus tadbir surau dengan lebih baik lagi.

      Makluman

 

3.    Pelantikan Biro-Biro

 

3.1.        Pengerusi membuka cadangan kepada semua jawatankuasa untuk mewujudkan biro-biro yang berkaitan. Setiausaha mencadangkan wujudkan cuma 4 biro sahaja memandangkan kita belum ada ramai jema’ah lagi. Biro-biro yang dicadangkan ialah;

 

1.    Biro Kebersihan

2.    Biro Kebajikan

3.    Biro Keceriaan/Sajian dan

4.    Biro Dakwah

         

3.2.        Atas pandangan Imam Halim, Pengerusi bagi Biro Kebersihan dan Biro Dakwah dipegang oleh pengerusi surau sendiri untuk lebih memudahkan. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut. Terpulang kepada pengerusi Biro nanti untuk melantik pembantu beliau dalam biro tersebut.

 

3.3.        Biro Kebajikan pula diserahkan kepada Bendahari kerana beliau lebih arif kedudukan kewangan surau. Ia memudahkan jika nanti surau ingin membuat sumbangan kepada jema’ah berdasarkan kedudukan kewangan semasa surau. Perkara ini juga disetujui oleh semua jawatankuasa.

 

3.4.        Manakala Biro Keceriaan/sajian diserahkan kepada Pn Zuzana Hasan. Jawatankuasa juga bersetuju sebulat suara.

         Makluman

 

4.    Taqwim

 

4.1.        Setiausaha membangkitkan kembali hasrat anak cucu Kampung Solok Kubang Badak untuk menganjurkan ‘Pertemuan Ukhwah’ pada skala besar iaitu membabitkan semua anak cucu Kampung Solok Kubang Badak yang telah lama tidak bertemu. Antara pengisian pertemuan itu nanti ialah mengadakan bacaan yassin atau tahlil untuk warga kampung yang telah meninggal dunia. Ini termasuklah nenek moyang kita.

 

4.2.        Tarikh cadangan yang diputuskan oleh jawatankuasa setakat ini ialah pada 24hb Dec, 2022 (Sabtu bersamaan 29 jamadilawal 1444H). Setiausaha akan memaklumkan dari semasa ke semasa jika kedapatan perubahan pada tarikh tersebut.

 

4.3.        Menyentuh soal makan minum, jawatankuasa juga memutuskan untuk menggunakan khidmat katering. Mereka yang terlibat nanti diminta memberi sedikit sumbangan bagi tujuan tersebut. Jumlah sumbangan belum diputuskan. Bagaimanapun bagi mereka yang ingin membawa makanan secara pot luck, ia juga dialu-alukan.

 

4.4.        Sumbangan untuk penganjuran Pertemuan Ukhwah itu disyorkan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh cadangan. Jika terdapat kekurangan dana untuk menampung kos katering maka Insya Allah, pihak surau akan menambahnya.

Makluman

5.    Lain-lain

5.1.        Bendahari memaklumkan kedudukan ringkas kewangan surau setakat ini ialah, baki wang di bank berjumlah RM1870.00 dan baki wang ditangan pula ialah RM3003.30. Ini tidak termasuk sumbangan terbaru yang belum dimasukan ke bank iaitu sekeping cek bernilai RM750.00 dan tunai RM50.00. Bendahari menjelaskan baki wang ditangan yang kelihatan besar angkanya itu adalah kerana ia bertujuan untuk membaik pulih surau (yang sedang dijalankan) serta untuk membeli almari (tempat simpan sejadah dan Al Quran).

 

5.2.        Pengerusi mencadangkan satu kutipan bulanan dilakukan dengan jumlah minima RM10.00 sebulan bagi tujuan pentadbiran dan pembayaran bil-bil utiliti. Setiausaha akan memaklumkan perkara ini dalam kumpulan whatsapp Anak Cucu Kg Kemadak. Imam Halim pula mencadangkan jumlah kutipan tersebut tidak ditetapkan tetapi terpulang kepada mereka yang hendak menginfaq. Beliau juga mencadangkan infaq atau sumbangan boleh juga dibayar sekaligus RM120 setahun untuk lebih memudahkan.

 

5.3.        Imam Halim membangkitkan tentang papan tanda kubur. Kalau boleh papan tanda kubur Kampung Solok Kubang Badak dipasang kerana papan tanda lama telah rosak/hilang. Perkara ini akan dibincangkan nanti untuk menentukan sumber mana hendak digunakan.

 

5.4.        Untuk pengisian surau, pengerusi ada cadangan untuk mengadakan kelas mengaji yang akan dikendalikan oleh Imam Halim. Bila kelas ini akan bermula bergantung kepada sambutan.


5.5.        Masalah parking yang terhad, Dato’ Malek yang juga antara penasihat surau memaklumkan, beliau telah memajukan kepada jabatan berkaitan untuk menurap kembali jalan kampung sepanjang lebih kurang 1.8km. Ketika itu nanti, kawasan parking disisi jalan akan diturap sekali.

 

Makluman

 

Sebelum pengerusi menutup mesyuarat, timbalan pengerusi menjemput Imam Halim untuk membacakan doa bagi mendapat keberkatan mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.55 tgh

 

LAMPIRAN ‘A’

SENARAI JAWATANKUASA SURAU KAMPUNG KUBANG BADAK SESI 2022-2024


Jumaat, 9 September 2022

PEMBUKAAN AKAUN SEMASA SURAU DI BANK RAKYAT MASJID TANAH

 

Bank Rakyat Cawangan Masjid Tanah

ALHAMDULILLAH akhirnya akaun bank semasa surau dapat dibuka di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah pada 07hb sept, 2022. Selain 3 orang penama yang hadir (Pengerusi En Osman Mohd Isa, Timbalan Pengerusi En Abdul Aziz Hamzah dan Bendahari En KD Azlan Maji), turut hadir ialah setiausaha En Tajol Ariffin Hasan dan 2 orang jawatankuasa (En Mohamad Noor @Jamai dan En. Sidek Adam) serta penasihat surau Dato' Malek sa'ad.

Oleh kerana ramai jawatankuasa yang hadir termasuk penasihat, maka kesempatan diambil oleh jawatankuasa berbincang tentang hala tuju surau. Bantuan daripada Prasarana akan disusul oleh Dato' Malek sementara lain-lain bantuan, setiausaha akan membuat surat rasmi nanti. Beberapa agensi dan jabatan serta orang perseorangan telah dikenal pasti untuk tujuan tersebut.

Dengan pembukaan akaun semasa surau ini, bendahari tidak perlu lagi menyimpan wang tunai yang banyak ditangan melainkan sedikit untuk simpanan petty cash. No akaun ialah : 11-0203123-5 Kepada mana-mana agensi atau jabatan atau individu yang ingin menginfaq kepada surau, ia amat dialu-alukan. Sumbangan boleh dimasukan terus ke akaun semasa surau.




Sabtu, 20 Ogos 2022

KRONOLOGI SURAU

 


SURAU SOLOK KUBANG BADAK

KRONOLOGI SURAU

TIDAK mungkin dapat saya  menuliskan kronologi surau Kampung Kubang Badak ini secara tepat dan lengkap. Ia memerlukan kajian dan penyelidikan dari orang-orang lama di kampung ini. Dan kita semua ketahui, ramai antara mereka yang telah meninggal dunia. Bahkan Saya sendiri merupakan generasi ke 3 atau ke 4 atau barangkali ke 5.

Kampung Kemadak atau dalam surat beranak beberapa sahabat, saudara mara tertulis Kampung Kubang Badak. Bagaimanapun nama asal kampung ini ialah Kampung Solok Kubang Badak. Kedudukannya yang berjiran dengan Kampung Solok Serban Hijau menyakinkan itulah nama sebenar kampung ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh orang lama kampung ini iaitu Abg Udin (En Kamarudin bin Hamid).

Berbalik kepada kronologi surau, sebenarnya surau Kampung Kubang Badak ini begitu gah suatu ketika dulu. Saat itu jumlah penduduk kampung sekitar 100 orang. Kebanyakan mereka bekerja sebagai penoreh dan bersawah padi. Saya masih ingat, antara imam surau ini ialah arwah ayah Napi dan arwah atok Sa’ad. Saya difahamkan arwah Lebo juga pernah menjadi imam di surau kebanggaan penduduk ini suatu masa dulu. Ketika arwah Lebo menjadi imam, saya telah pun berhijrah ke Seremban.

Pembinaan surau ini mendapat peruntukan terus daripada Ketua Menteri Melaka Ketika itu iaitu Tun Abdul Ghafar Baba (1959 – 1967). Peruntukan tersebut juga termasuk untuk membina jambatan hitam yang panjang yang merentangi sawah padi antara Kampung Kubang Badak ke Kampung Sungai Siput. Saya jangkakan surau asal ini dibina sekitar tahun 60-an. Bermakna usia surau ini telah melebihi 50 tahun! Jambatan hitam yang penuh nostalgia itu pun telah runtuh tanpa meninggalkan kesan. 

Kegemilangan surau akhirnya menjadi suram tatkala ramai penduduk asalnya berhijrah ke bandar kerana peluang untuk bekerja di kampung hanyalah sebagai penoreh atau petani. Surau Kampung Kubang Badak kesudahannya terbiar kerana ketiadaan Jemaah. Ia berlarutan selama hampir 30 tahun. Bagaimanapun struktur asas surau tetap utuh lantaran berkatnya orang-orang dahulu yang mungkin mendoakan agar Allah memelihara surau ini. Buktinya, ruh surau tetap hidup di kalangan anak cucu warga Kampung Kubang Badak.

Tanggal 17 julai, 2022, akhirnya satu gotong royong dilakukan untuk kembali membersihkan persekitaran surau. Saya sendiri menerima panggilan dari Jamai yang mengajak saya balik untuk bersama-sama membantu gotong royong. Tetapi Ketika itu ada majlis perkahwinan anak saudara. Jadi saya tidak dapat hadir.

Akan tetapi rohaniah surau memanggil saya begitu kuat. Ketika Jamai mencadangkan agar saya membuat satu platform medsos (media social) untuk menghimpun anak cucu warga Kampung Kubang Badak, saya terus mewujudkan whatsapp group khas bagi tujuan tersebut. Dari kumpulan whatsapp inilah bermulanya pertemuan di alam siber bagi anak cucu warga Kampung Kubang Badak sekaligus merapatkan kembali silaturahim yang hampir terputus. Manakan tidak, ada antara kami yang telah lama  tidak berjumpa lebih yakni dari 10 ke 30 tahun. Yang bujang telah berkahwin. Yang berkahwin telah bercucu bahkan ada juga yang telah meninggal dunia (Al Fatihah-dibaca dalam hati)

9 ogos, 2022, setelah beberapa perancangan dibuat akhirnya satu mesyuarat khas telah diadakan bertujuan untuk mewujudkan jawatankuasa surau. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh wakil Masjid Ar Rabbani iaitu S/U masjid dan kehadiran beberapa jemaah termasuk pengerusi Madrasah Solok Serban Hijau sebagai pemerhati. Kehadiran mesyuarat khas itu adalah seramai 32 orang. 

Akhirnya sebuah jawatankuasa dapat dibentuk (rujuk SENARAI JAWATANKUASA). 

Mesyuarat pertama jawatankuasa surau berjaya direalisasikan pada 25hb sept, 2022 dengan kehadiran 12 daripada 14 orang jawatankuasa termasuk beberapa orang pemerhati dan penasihat surau. 

Berikut adalah kronologi ringkas perjalanan surau dihidupkan kembali.

17/07 : Gotong royong pertama.
09/08 : Mesyuarat khas pelantikan jawatankuasa
22/08 : Permohonan bantuan baikpulih ke Prasarana melalui Dato' Malek
29/08 : Menghantar permohonan rasmi untuk mendaftarkan surau ke JAIM
01/09 : Surau berjaya didaftarkan semula
07/09 : Akaun semasa surau dibuka di Bank Rakyat Masjid Tanah
25/09 : Mesyuarat kali pertama jawatankuasa selepas pendaftaran surau diluluskan
25/10 : Permohonan ke Prasarana diluluskan
26/10 : Lawatan oleh pegawai KPLB kali ke 2.
01/11 : Undian untuk melantik kontraktor
07/11 : Lawatan tapak oleh kontraktor bersama pegawai KPLB



Isnin, 15 Ogos 2022

MINIT MESYUARAT KHAS PENUBUHAN JAWATANKUASA SURAU SOLOK KUBANG BADAK

MINIT MESYUARAT KHAS PENUBUHAN JAWATANKUASA SURAU SOLOK KUBANG BADAK SESI 2022-2024

TARIKH          : 9 OGOS 2022 / 9 MUHARAM 1443H

MASA             : 10.00 PAGI

TEMPAT        : KAMPUNG KUBANG BADAK

KEHADIRAN : RUJUK LAMPIRAN

 

1.    Ucapan Pengerusi

 

1.1.        Pengerusi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penduduk yang hadir dalam mesyuarat khas ini.

1.2.    Pengerusi memaklumkan bahawa Pengerusi JK Masjid Ar-Rabbani dan Pengerusi JPKK Kampung Sungai Siput tidak dapat hadir bersama kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Pengerusi JK Masjid Ar-Rabbani meminta agar SU JK Masjid Ar-Rabbani mempengerusikan mesyuarat ini.

1.3.        Pengerusi juga memaklumkan bahawa JPKK Kampung Sungai Siput akan diwakili oleh En. Mohd Farid Fadilah Bin Md Razali selaku Timbalan JPKK.

1.4.        Pengerusi menerangkan objektif serta tujuan mesyuarat ini dijalankan.

 

1.4.1.    Melantik Jawatankuasa Surau Solok Kubang Badak bagi sesi 2022-2024.

1.4.2. Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan untuk mempermudahkan segala urusan pengoperasian Surau Kampung Solok Kubang Badak. Ini memandangkan surau sudah agak lama tidak aktif dan program-program perlu dirancang untuk mengimarahkannya kembali.

1.4.3.   Penubuhan jawatankuasa bertujuan untuk membolehkan akaun bank dibuka atas nama Jawatankuasa Surau Solok Kubang Badak seterusnya memastikan urusan kewangan surau diurus dengan lebih baik dan sistematik.

1.4.4.    Melantik Imam dan Bilal Surau Solok Kubang Badak

      Makluman

 

2.    Pelantikan Jawatankuasa Surau Solok Kubang Badak.Sesi 2022-2024

 

2.1.        Pengerusi  memaklumkan bahawa cadangan bagi jawatankuasa yang akan dilantik ialah terdiri daripada jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 10 orang AJK. Pengerusi menyatakan kesemua 4 jawatan tertinggi haruslah terdiri daripada penduduk /anak kariah Solok Kubang Badak yang menetap di kampung manakala bagi AJK ia bergantung kepada keperluan dan boleh dilantik individu selain dari penduduk kampung yang menetap di situ.

      Makluman

 

2.2.        Pelantikan jawatankuasa

 

2.2.1.    Jawatan Pengerusi

Calon               : Encik Osman Bin Mohd Isa

Pencadang      : Encik Noor Arifin Bin Mohammad

Penyokong      : Encik Abdul Aziz Bin Hamzah

 

Mesyuarat sebulat suara menyokong pencalonan Encik Osman Bin Mohd Isa untuk jawatan Pengerusi JK Surau.

2.2.2.    Jawatan Timbalan Pengerusi

Calon               : Encik Abdul Aziz Bin Hamzah

Pencadang      : Encik Osman Bin Mohd Isa

Penyokong      : Encik Muhammad Bin Merang

 

Mesyuarat sebulat suara menyokong pencalonan Encik Abdul Aziz Bin Hamzah untuk jawatan Timbalan Pengerusi JK Surau

 

2.2.3.    Jawatan Setiausaha

Calon   1          : Encik Muhammad Bin Merang

Pencadang      : Encik Muhammad Syahidan Bin Rajab

Penyokong      : Encik Suhaimi Bin Md Ali

 

Calon 2            : Encik Tajol Ariffin Bin Hasan

Pencadang      : Encik Abdul Aziz Bin Hamzah

Penyokong      : Encik KD Azlan Bin Maji

 

Mesyuarat telah memilih Encik Tajol Ariffin Bin Hasan sebagai Setiausaha JK Surau dengan undian sebanyak 17 undi.

 

2.2.4.    Jawatan Bendahari

Calon               : Encik KD Azlan Bin Maji

Pencadang      : Encik Muhammad Bin Merang

Penyokong      : Encik Rasmi Bin Abu Samah

 

Mesyuarat sebulat suara menyokong pencalonan Encik KD Azlan Bin Maji untuk jawatan Bendahari JK Surau.

 

2.2.5.    10 orang ahli jawatankuasa

 

Mesyuarat sebulat suara menyokong pencalonan nama-nama di atas untuk jawatan AJK JK Surau.

 

2.3.        Pelantikan Imam dan Bilal Surau Solok Kubang Badak

 

2.3.1.  Pengerusi memaklumkan bahawa pelantikan Imam dan Bilal perlu dilakukan bagi membolehkan aktiviti solat berjemaah dapat dilaksanakan dengan teratur. Pengerusi juga memaklumkan bahawa pelantikan Imam dan Bilal ini mestilah dari kalangan individu yang ada ketokohan dan kebolehan dari aspek fardu ain dan fardu kifayah.

 

2.3.2.    Pelantikan imam dan bilal

Calon               : Encik Osman Bin Mohd Isa

Bilal                 : Encik Muhammad Bin Merang

 

Mesyuarat sebulat suara setuju dengan pencalonan di atas.

  

 

3.    Perancangan Program dan Aktiviti Surau Solok Kubang Badak

 

3.1.      Pengerusi memaklumkan agar selepas ini Jawatankuasa yang telah dilantik dapat menjalankan mesyuarat JK bagi merancang program dan aktiviti pengimarahan surau seperti solat berjemaah, aktiviti kuliah dan pengajian dan lain-lain aktiviti keagamaan yang melibatkan masyarakat kampung.

          Tindakan : Pengerusi JK Surau

 

3.2.        Pengerusi juga mengingatkan sekiranya pihak JK surau berhasrat untuk menjalankan aktiviti kuliah atau pengajian agar dapat merujuk dahulu dengan JK Masjid Ar-Rabbani. Ini kerana tenaga pengajar atau penceramah mestilah mendapat tauliah dari pihak JAIM .

         Tindakan : Pengerusi JK Surau

 

4.    Hal-hal lain

 

4.1.        Pengerusi meminta agar Setiausaha JK surau yang telah dilantik agar dapat menyiapkan senarai Jawatankuasa yang lengkap untuk diperakukan oleh pihak JAPERUN DUN Air Limau dan dihantar ke pihak JAIM untuk mendapat pengesahan pelantikan.

       Tindakan : Setiausaha JK Surau

 

4.2.        Pengerusi meminta agar Bendahari JK Surau yang telah dilantik agar dapat menyegerakan tindakan membuka akaun bank untuk JK Surau Solok Kubang Badak agar pengurusan kewangan lebih teratur dan cekap.

         Tindakan : Bendahari JK Surau

 

4.3.        Pengerusi memaklumkan bahawa JK Masjid Ar-Rabbani bersetuju untuk menyumbangkan RM 1000.00 (Satu Ribu Ringgit) untuk kegunaan menjalankan program dan aktiviti.

      Makluman

 

4.4.        Bendahari Masjid Ar-Rabbani memaklumkan bahawa satu kutipan kilat telah dijalankan semasa gotong royong pada 17 Julai 2022. Wang kutipan tersebut berjumlah RM1,485.00. Hasil kutipan tersebut telah digunakan untuk membeli beberapa barang keperluan seperti atap zink (RM443.00), metadec (RM336.00), paip (RM99.00) dan lain-lain (RM245.50). Bendahari masjid menyerahkan baki kutipan tersebut (RM361.50) kepada bendahari surau untuk tindakan selanjutnya.

Makluman

 

4.5.        Pengerusi JK Surau Kampung Serban Hijau memaklumkan bahawa satu kutipan telah dibuat dalam kalangan Jemaah surau Kampung Solok Serban Hijau untuk tujuan sumbangan kepada Surau Kampung Solok Kubang Badak. Jumlah kutipan ialah sebanyak RM 2150.00 (Dua Ribu Seratus Lima Puluh Ringgit). Sumbangan tersebut akan diserahkan kepada bendahari JK Surau Kampung Solok Kubang Badak untuk tindakan lanjut .

Makluman

 

 

 

4.6.        Encik Mohd Farid Fadilah Bin Md Razali memaklumkan kepada JK Surau Solok Kampung Kubang Badak bahawa selepas ini sekiranya pihak surau memerlukan bantuan dan sumbangan yang berkaitan boleh berurusan dengan JPKK Kampung Sungai Siput untuk dibawa ke peringkat JAPERUN DUN Air Limau.

      Makluman

 

4.7.        Mesyuarat sebulat suara menamakan 3 jawatan utama iaitu pengerusi, timbalan pengerusi dan bendahari sebagai penama untuk akaun bank yang akan dibuka. Mesyuarat, juga memutuskan agar akaun semasa surau dibuka sama ada di Bank Rakyat (Cawangan Masjid Tanah) atau Bank Islam (Cawangan Masjid Tanah) Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju mana-mana dua individu yang memegang jawatan ini boleh menurunkan tandatangan untuk urusan pengeluaran wang.

 

1.    Pengerusi           : Osman Bin Mohd Isa     (No KP: 820922-04-5509)

2.    Timb. Pengerusi : Abdul Aziz Bin Hamzah (No KP: 611003-04-5339)

3.    Bendahari           : KD Azlan Bin Maji          (No KP: 740503-01-5639)

Makluman

 

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tgh

Disediakan oleh ,

 

MOHD RIZAL BIN MASLAH

Setiausaha Masjid Ar-Rabbani Kampung Sungai Siput

 

 

 

LAMPIRAN 1

MESYUARAT KHAS PENUBUHAN JAWATANKUASA SURAU SOLOK KUBANG BADAK SESI 2022-2024

SENARAI KEHADIRAN.


1.    MOHD RIZAL BIN MASLAH

2.    ZOLFAN BIN NASIR

3.    JEME BIN HAMZAH

4.    SHAHRIN BIN MOHD ZIN

5.    MUHAMMAD SYAHIDAN BIN RAJAB

6.    MOHD KHADIR BIN MOHD KHALIL

7.    NOOR ARIFIN BIN MUHAMMAD

8.    KD AZLAN BIN MAJI

9.    RUSLEY BIN SAMSUDIN

10.  MAT SIDEK BIN ADAM

11.  HALIM

12.  JAMAL BIN ISMAIL

13.  MOHD AFFANDI BIN MD RAZALI

14.  RASMI BIN ABU SEMAH

15.  ABDUL AZIZ BIN HAMZAH

16.  TAJOL ARIFFIN BIN HASAN

17.  MOHAMMAD NOOR BIN MAT YUSUH

18.  SUHAIMI BIN MOHD ALI

19.  OSMAN BIN MOHD ISA

20.  MUHAMMAD BIN MERANG

21.  KAMARUDIN BIN HAMID

22.  DEWA SAPRI BIN CHE ABD MALIK

23.  SYUKRI BIN AB YAJID

24.  NAZRI BIN OTHMAN

25.  MOHD FARID BIN MD RAZALI

26.  SALINA

27.  ALWI BIN DAUD

28.  CHEK YAH BT HAMZAH

29.  TUN ZUBAIDAH BT ABU BAKAR

30.  ROHANA BT HASHIM

31.  NORHISHAM BT HJ ITHNIN

32.  MUHAMAD SYAHIDAN BIN RAJAB

 

 LAMPIRAN 2

SENARAI JAWATANKUASA SURAU SOLOK KUBANG BADAK SESI 2022-2024

 

BIL

JAWATAN

NAMA

NO.KAD PENGENALAN

NO TELEFON

1

PENGERUSI

OSMAN BIN MOHD ISA

820922-04-5509

017-3473717

2

TIMB. PENGERUSI

ABDUL AZIZ BIN HAMZAH

 

611003-04-5339

011-18510790

3

SETIAUSAHA

TAJOL ARIFFIN BIN HASAN

670204-04-5271

011-11989874

4

PEN.SETIAUSAHA

RASMI BIN ABU SERAH

750929-04-5025

017-3181875

5

BENDAHARI

KD AZLAN BIN MAJI

740503-01-5639

013-3373574

6

AHLI JAWATANKUASA

RUSLEY BIN SAMSUDIN

 

641007-05-5283

019-2141543

7

MAT SIDEK BIN ADAM

 

600502-03-5051

010-7935488

8

ROHANA BT HASHIM

570322-04-5530

011-37977907

9

MOHAMMAD NOOR BIN MAT YUSUH

680228-04-5195

012-6768284

10

TUN ZUBAIDAH BT ABU BAKAR

660716-05-5036

019-3730411

11

SHALENA BT ISMAIL

750601-04-5208

013-2015675

12

ASLI BIN DALI

570728-04-5055

016-3575651

13

MUHAMAD SYAHIDAN BIN RAJAB

950517-04-5105

019-6884713

14

NORHISHAM BT HJ ITHNIN

701120-05-5068

010-3678979

15

PEMERIKSA KIRA-KIRA

ZUZANA BT HASAN

680418-12-5006

017-2192524

16

CHEK YAH BT HAMZAH

650101-04-5748

019-6596379


 

 

                                                                         


 

 

 


                                            

 

 

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024   TARIKH           : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H MASA              : 10.00...