PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sabtu, 20 Mei 2023

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KETIGA SESI 2022-2024

 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KETIGA SESI 2022-2024


TARIKH : 14 Mei 2023 / 11 Syaaban 1444H

MASA : 10.00 pagi

TEMPAT : Surau Kampung Solok Kubang Badak

KEHADIRAN : Rujuk LAMPIRAN ‘A’




  1. Ucapan Aluan Pengerusi


  1. Pengerusi memberikan salam dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada barisan Jawatankuasa yang berkesempatan hadir. Sepanjang 3 kali mesyuarat Jawatankuasa diadakan, mesyuarat dapat berjalan dengan lancar dan jumlah korum sentiasa mencukupi.

  2. Mesyuarat kali ini memberi fokus kepada program berskala besar pertama surau iaitu menganjurkan majlis rumah terbuka aidil fitri. Justeru perbincangan utama mesyuarat ialah membahas berkenaan program/majlis tersebut.


      Makluman


  1. Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.


  1. En Abdul Aziz Hamzah mencadangkan Minit Mesyuarat Bil Kedua (04/03/2023) diluluskan. 

  2. En Mat Sidek Adam menyokong

  3. Jawatankuasa sebulat suara menerima cadangan tersebut.      

Makluman/Setiausaha


  1. Laporan Kewangan

    1. Bendahari memaklumkan jumlah terkini akaun semasa surau berdasarkan penyata bank terkini 31/3/2023 (Penyata untuk bulan April masih belum diterima) ialah baki tunai di bank berjumlah RM8232.74 manakala baki tunai ditangan ialah RM1322.90. laporan lengkap perbelanjaan keluar masuk dilampiran B.


Makluman/Jawatankuasa/Setiausaha/Bendahari


  1. Perkara-Perkara Berbangkit


  1. En Mat Sidek Adam bertanyakan tentang meter air surau yang masih berkongsi meter dengan rumah penduduk. Pengerusi menjelaskan, beberapa syarat perlu diikuti sebelum pemasangan meter diluluskan antaranya menyediakan tangki takungan air terlebih dahulu. Pengerusi akan membuat susulan ke Syarikat Air Melaka Berhad dan kalau perlu akan minta bantuan dari DUN Ayer Limau.

  2. Pn Rohana Hashim pula membangkitkan status kutipan dana bulanan surau. Perkara tersebut telah dijawab oleh pengerusi dalam mesyuarat jawatankuasa kali kedua (Perkara 3.2).  


        Makluman

 

  1. Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri (Sabtu 20 Mei 2023/29 Syawal 1444)


  1. Pengerusi memaklumkan akan menaja daging kambing masak rendang. Pn Rohana dan Pn Tun Zubaidah akan menaja lemang, bubur lambuk, nasi himpit dan rendang ayam beserta kuah kacang dan masak lodeh.

  2. Jawatankuasa mengharapkan lebih kurang 250 orang atau lebih tetamu dapat hadir bagi merealisasikan sesi suai kenal antara warga anak cucu Kg Kemadak. Jemputan khas juga akan dibuat kepada Madrasah Solok Serban Hijau dan Masjid Ar Rabbani serta tetamu VIP DUN Ayer Limau.

  3. Jawatankuasa bersetuju mengadakan cabutan no bertuah dan menyediakan 20 hamper serta duit raya khas untuk kanak-kanak. 

  4. Jawatankuasa juga mencadangkan tetamu dapat membawa kuih raya secara potluck.

  5. Jawatankuasa juga pada dasarnya bersetuju meluluskan perbelanjaan majlis sekitar RM3000.00 (RM: Tiga Ribu Sahaja) dan akan dikeluarkan oleh Bendahari dari akaun semasa surau.

  6. Berikut adalah tentatif majlis :

i) Majlis bermula jam 10:00 pagi dan selesai menjelang zohor

ii) Bacaan doa

iii) Ucapan Aluan pengerusi

iv) Ucapan perasmian (jika ada)

v) Jamuan bermula

vi) Cabutan bertuah akan dilakukan secara selang masa (bukan sekaligus)

Makluman


  1. Lain-Lain Hal

    1. Bendahari mohon diluluskan peruntukan untuk membeli peti ais dan dispenser (air panas sejuk). Anggaran budget ialah RM1500.00. Jawatankuasa bersetuju dan kemudahan tersebut bukan saja boleh digunakan oleh orang-orang kampung dan Jemaah tetapi oleh tetamu dari luar (musafir) yang menumpang solat di surau. 

    2. Pengerusi memaklumkan akan mengadakan majlis korban sempena aidil adha akan datang. RM600.00 untuk 1 bahagian. Kepada sesiapa yang berhajat boleh berhubung dengan pengerusi. Setakat ini 2 ekor lembu disediakan yang membolehkan 14 bahagian ditawarkan. Jika sambutan menggalakan, tambahan untuk seekor lembu lagi juga boleh disediakan.

    3. Sebelum mengakhiri mesyuarat, Timbalan Pengerusi membacakan doa seterusnya Pengerusi menjemput Jawatankuasa untuk menjamu selera.



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tgh hari.


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024   TARIKH           : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H MASA              : 10.00...