PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Rabu, 31 Januari 2024

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

 

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

 

TARIKH          : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H

MASA             : 10.00 pagi

TEMPAT         : Surau Kampung Solok Kubang Badak

KEHADIRAN  :09/16 (Rujuk Lampiran A)

 

 

 

1.    Ucapan Aluan Pengerusi

 

1.1.   Pengerusi meraikan kehadiran barisan Jawatankuasa yang berkesempatan hadir pada mesyuarat kali ke 4 ini. Seterusnya Pengerusi meminta semua jawatankuasa yang hadir sama-sama membacakan Surah Al Fatehah bagi memberkati majlis.

1.2.        Agenda mesyuarat kali ini ialah membuat persiapan untuk mengadakan MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) pertama surau.

 

      Makluman

 

2.    Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.

 

2.1.        Cikgu Shalena Ismail mencadangkan Minit Mesyuarat Bil Ketiga (14/05/2023) diluluskan.

2.2.        Pn Zuzana Hasan menyokong.

Makluman/Setiausaha

 

3.    Laporan Kewangan

3.1.       Bendahari memaklumkan setelah dia bersama Jawatankuasa Tertinggi dan juruaudit membuat semakan akaun surau berakhir 31/12/2023, butiran akaun adalah seperti berikut :

                                         i.        Baki di bank  - RM9,279.60

                                       ii.        Baki tunai ditangan  - RM   500.00

 

3.2.        Laporan ringkas akaun penerimaan/perbelanjaan sepanjang tahun 2023 ialah;:

                                         i.        Terima sumbangan  - RM27,650.75

                                       ii.        Perbelanjaan             - RM21,245.30

 

Makluman/Jawatankuasa/Setiausaha/Bendahari

 

4.    Perkara-Perkara Berbangkit

 

4.1.        Tiada perkara berbangkit dibincangkan kecuali masalah air. Pengerusi memaklumkan akan diusahakan pemasangan tangki (takungan air) kerana syarat untuk mendapatkan bekalan air ialah mesti ada tangki.

        Makluman

 

5.    Mesyuarat Agung Tahunan/MAT  (Ahad 11 Feb 2024/01 Syaaban 1445)

 

5.1.     Mesyuarat memutuskan untuk mengadakan MAT pertama surau pada 11 Feb, 2024 bersamaan hari Ahad.

5.2.        Dokumentasi mesyuarat dan segala surat menyurat akan disediakan oleh Setiausaha.

5.3.        Menu/kudapan yang dicadangkan ialah Nasi beriayani. Khidmat katering akan digunakan. (UP : Pn Zuzana Hasan)

5.4.        Hajjah Rohana Hashim sudi untuk menaja kuih bagi sarapan pagi. Beliau juga akan menaja air mineral.

5.5.       Jawatankuasa juga mencadangkan untuk memasang 1 khemah bagi tujuan tetamu untuk makan dan minum.

5.6.        Door gift (Saguhati) juga akan disediakan kepada tetamu yang hadir. (UP: Cikgu Shalena Ismail).

5.7.        Berikut adalah tentatif majlis :

i) Majlis bermula jam 10:00 pagi dan selesai menjelang zohor

ii) Bacaan doa

iii) Ucapan Aluan pengerusi

iv) Ucapan perasmian (jika ada)

v) Mesyuarat bermula

Makluman

 

 

 

6.    Lain-Lain Hal

6.1.        Pengerusi memaklumkan untuk imam solat tarawikh pada tahun ini, beliau akan berbincang dengan Masjid Ar Rabbani dan Madrasah Solok Serban Hijau. Khidmat imam Halim mungkin tidak dapat digunakan kerana masalah kesihatan beliau.

6.2.        Ceramah mingguan. Agak dukacita kerana ia kurang mendapat sambutan. Hajjah Rohana cadangkan cuba tukar waktu mengajar dari malam ke siang. Bayaran untuk penceramah ditaja sepenuhnya oleh JAIM.

6.3.        Sebelum mengakhiri mesyuarat, Timbalan Pengerusi membacakan doa seterusnya Pengerusi menjemput Jawatankuasa untuk menjamu selera.

 


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:25am

 

Disediakan oleh :

TAJOL ARIFFIN BIN HASAN

Setiausaha Surau Kampung Kubang Badak



Ahad, 28 Mei 2023

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI SURAU KG SOLOK KUBANG BADAK (Kali Pertama)


20 Mei, 2023 bersamaan 29 Syawal, 1444
BUAT julung kalinya selepas menyepi selama hampir 30 tahun, Surau Kampung Solok Kubang Badak berjaya menganjurkan majlis rumah terbuka sempena aidil fitri 2023. Tahniah kepada barisan jawatankuasa yang berjaya merealisasikan apa yang sekian lama dirancang.

Hampir 30 tahun surau Kampung Solok Kubang Badak suram lantaran tidak bertunggu dan diimarahkan sewajarnya selaku sebuah surau. Keberkatan doa2 nenek moyang kita akhirnya surau kembali bangun dalam waktu yang singkat. Sekaligus mencerminkan kerjasama anak cucu warga Kg Solok Kubang Badak begitu erat biarpun dibataskan oleh jarak dan waktu. Dengan barisan jawatankuasa yang begitu komited, aura rohaniah surau yg lama dapat kita 'nur' kan kembali. Jawatankuasa sedar, merancang adalah sesuatu yg mudah tetapi merealisasikan apa yang dirancang adalah payah dan meneruskan kesinanambungan apa yg telah direalisasikan lebih2 payah! Apapun kita harus terus positif dan istiqomah untuk meneruskan jajaran yg telah terbina dan memastikan peristiwa 30 tahun lalu tidak berulang. Generasi2 kinilah yang akan memastikan agar surau kampung ini akan terus berdiri. 

Majlis semalam bukan titik akhir untuk kita menjadikannya sebagai sebuah wadah perkenalan antara cucu cicit warga Kg Solok Kubang Badak tetapi ia adalah permulaan kepada sebuah garisan yg panjang. Terima kasih kepada semua yang hadir. Teruskan memberi pandangan dan nasihat kepada barisan jawatankuasa. Assalamualaikum.


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image

Sabtu, 20 Mei 2023

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KETIGA SESI 2022-2024

 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KETIGA SESI 2022-2024


TARIKH : 14 Mei 2023 / 11 Syaaban 1444H

MASA : 10.00 pagi

TEMPAT : Surau Kampung Solok Kubang Badak

KEHADIRAN : Rujuk LAMPIRAN ‘A’




  1. Ucapan Aluan Pengerusi


  1. Pengerusi memberikan salam dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada barisan Jawatankuasa yang berkesempatan hadir. Sepanjang 3 kali mesyuarat Jawatankuasa diadakan, mesyuarat dapat berjalan dengan lancar dan jumlah korum sentiasa mencukupi.

  2. Mesyuarat kali ini memberi fokus kepada program berskala besar pertama surau iaitu menganjurkan majlis rumah terbuka aidil fitri. Justeru perbincangan utama mesyuarat ialah membahas berkenaan program/majlis tersebut.


      Makluman


  1. Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.


  1. En Abdul Aziz Hamzah mencadangkan Minit Mesyuarat Bil Kedua (04/03/2023) diluluskan. 

  2. En Mat Sidek Adam menyokong

  3. Jawatankuasa sebulat suara menerima cadangan tersebut.      

Makluman/Setiausaha


  1. Laporan Kewangan

    1. Bendahari memaklumkan jumlah terkini akaun semasa surau berdasarkan penyata bank terkini 31/3/2023 (Penyata untuk bulan April masih belum diterima) ialah baki tunai di bank berjumlah RM8232.74 manakala baki tunai ditangan ialah RM1322.90. laporan lengkap perbelanjaan keluar masuk dilampiran B.


Makluman/Jawatankuasa/Setiausaha/Bendahari


  1. Perkara-Perkara Berbangkit


  1. En Mat Sidek Adam bertanyakan tentang meter air surau yang masih berkongsi meter dengan rumah penduduk. Pengerusi menjelaskan, beberapa syarat perlu diikuti sebelum pemasangan meter diluluskan antaranya menyediakan tangki takungan air terlebih dahulu. Pengerusi akan membuat susulan ke Syarikat Air Melaka Berhad dan kalau perlu akan minta bantuan dari DUN Ayer Limau.

  2. Pn Rohana Hashim pula membangkitkan status kutipan dana bulanan surau. Perkara tersebut telah dijawab oleh pengerusi dalam mesyuarat jawatankuasa kali kedua (Perkara 3.2).  


        Makluman

 

  1. Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri (Sabtu 20 Mei 2023/29 Syawal 1444)


  1. Pengerusi memaklumkan akan menaja daging kambing masak rendang. Pn Rohana dan Pn Tun Zubaidah akan menaja lemang, bubur lambuk, nasi himpit dan rendang ayam beserta kuah kacang dan masak lodeh.

  2. Jawatankuasa mengharapkan lebih kurang 250 orang atau lebih tetamu dapat hadir bagi merealisasikan sesi suai kenal antara warga anak cucu Kg Kemadak. Jemputan khas juga akan dibuat kepada Madrasah Solok Serban Hijau dan Masjid Ar Rabbani serta tetamu VIP DUN Ayer Limau.

  3. Jawatankuasa bersetuju mengadakan cabutan no bertuah dan menyediakan 20 hamper serta duit raya khas untuk kanak-kanak. 

  4. Jawatankuasa juga mencadangkan tetamu dapat membawa kuih raya secara potluck.

  5. Jawatankuasa juga pada dasarnya bersetuju meluluskan perbelanjaan majlis sekitar RM3000.00 (RM: Tiga Ribu Sahaja) dan akan dikeluarkan oleh Bendahari dari akaun semasa surau.

  6. Berikut adalah tentatif majlis :

i) Majlis bermula jam 10:00 pagi dan selesai menjelang zohor

ii) Bacaan doa

iii) Ucapan Aluan pengerusi

iv) Ucapan perasmian (jika ada)

v) Jamuan bermula

vi) Cabutan bertuah akan dilakukan secara selang masa (bukan sekaligus)

Makluman


  1. Lain-Lain Hal

    1. Bendahari mohon diluluskan peruntukan untuk membeli peti ais dan dispenser (air panas sejuk). Anggaran budget ialah RM1500.00. Jawatankuasa bersetuju dan kemudahan tersebut bukan saja boleh digunakan oleh orang-orang kampung dan Jemaah tetapi oleh tetamu dari luar (musafir) yang menumpang solat di surau. 

    2. Pengerusi memaklumkan akan mengadakan majlis korban sempena aidil adha akan datang. RM600.00 untuk 1 bahagian. Kepada sesiapa yang berhajat boleh berhubung dengan pengerusi. Setakat ini 2 ekor lembu disediakan yang membolehkan 14 bahagian ditawarkan. Jika sambutan menggalakan, tambahan untuk seekor lembu lagi juga boleh disediakan.

    3. Sebelum mengakhiri mesyuarat, Timbalan Pengerusi membacakan doa seterusnya Pengerusi menjemput Jawatankuasa untuk menjamu selera.



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tgh hari.


Rabu, 15 Mac 2023

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEDUA SESI 2022-2024

  • TARIKH : 04 Mac 2023 / 11 Syaaban 1444HMASA : 10.00 pagi
  • TEMPAT : Surau Kampung Solok Kubang Badak
  • KEHADIRAN : Rujuk LAMPIRAN ‘A’

1.    Ucapan Aluan Pengerusi

 

1.1.        Pengerusi meraikan kehadiran semua jawatankuasa termasuk penasihat dan pemerhati dengan lafaz ‘assalamualaikum’. Pengerusi juga memaklumkan, pendapat dan pandangan setiap yang hadir adalah dialu-alukan. Kepada jawatankuasa yang tidak berkesempatan hadir, mereka juga pada bila-bila masa boleh memberi buah pandang demi kebaikan surau.

1.2.        Status baik pulih surau sekitar 95%. Tinggal final touch sahaja Dijangka siap menjelang Ramadhan.

1.3.        Difahamkan pada hari isnin (6hb Mac) nanti pegawai KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) mengantikan nama KPLB (kerana pertukaran kerajaan) akan mengadakan lawatan serta serah hak. Pengerusi dan bendahari dan mungkin Penasihat, Dato Malek akan mewakili pihak pengurusan surau.

      Makluman

 

2.    Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.

 

2.1. En Mohammad Noor Mat Yusuh mencadangkan Minit Mesyuarat Bil Pertama(25/09/2022) diluluskan.

2.2.        En Abdul Aziz Hamzah menyokong

2.3.        Jawatankuasa sebulat suara menerima cadangan tersebut.     

Makluman/Setiausaha

 

3.    Perkara-Perkara Berbangkit

 

3.1.        Perkara 5.4 (Minit Mesyuarat Kali Pertama) : Kelas Mengaji. Program berjalan seperti jadual. Cuma Imam Halim dan Pengerusi berharap dapat sokongan dari jawatankuasa yang berkelapangan untuk hadir meramaikan jema’ah.         

3.2.        Perkara 5.2 (Minit Mesyuarat Kali Pertama) : Kutipan Dana Bulanan. Sambutan agak kurang. Timbalan pengerusi mohon setiausaha untuk update semula dalam group whatsapp Kg Kubang Badak. Pengerusi dan Bendahari mempunyai perancangan sendiri dalam mendapatkan dana surau melalui projek napier (rumput makanan lembu) yang akan mereka usahakan. Insya Allah.

 

3.3.        Perkara 4.1 (Minit Mesyuarat Kali Pertama) : Pertemuan ukhwah. Jawatankuasa memutuskan ia akan tetap diteruskan. Cadangannya ialah selepas raya. Program akan bersekali dengan jamuan hari raya (rumah terbuka surau). Maklumat program akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa oleh setiausaha.

        Makluman

 

4.    Lain-Lain Hal

 

4.1.        Pengerusi bercadang membuat bubur lambuk pada bulan Ramadhan nanti. Pada dasarnya semua jawatankuasa bersetuju. Perolehan dana untuk tujuan tersebut ialah melalui sumber surau sendiri, bagaimanapun infaq orang ramai masih tetap dialu-alukan.

4.2.        Setiausaha mencadangkan agar surau mengadakan iftar Ramadhan sekurang-kurangnya sekali pada Ramadhan nanti. Ia diikuti solat sunat tarawikh beramai-ramai.

4.3.        Menyentuh siapa imam bagi solat sunat tarawikh, pengerusi disaran membangkitkan persoalan tersebut dalam mesyuarat Masjid untuk mendapatkan persetujuan memandangkan surau kita di bawah khariah Masjid Ar Rabbani.

4.4.        Pembesar suara (untuk azan). Pengerusi mohon untuk menggantikan pembesar suara lama yang telah rosak. Imam Halim minta pengerusi bertanyakan kepada Masjid Ar Rabbani yang berkemungkinan ada lebihan pembesar suara memandangkan masjid baru-baru ini telah menaik taraf pembesar suara mereka.

4.5.        Bendahari memaklumkan kedudukan terkini kewangan surau ialah, baki di bank RM 6526.66 manakala tunai ditangan ialah RM700.00.

Makluman

 

5.    Penutup

5.1.        Imam Halim menasihatkan agar kita semua melunaskan segala hutang piutang puasa kerana Ramadhan bakal menjelma. Jangan Tangguh-tangguh ibadah kerana ia bekal akhirat kita.

5.2.        Pengerusi memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi untuk sepatah dua kata dan menutup sesi mesyuarat kali ini. Timbalan Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih atas kehadiran semua dan berharap jawatankuasa teruskan memberi sokongan padu demi memastikan pentadbiran surau berjalan lancar. Seterusnya Timbalan Pengerusi mohon Imam Halim membacakan doa penutup.

Makluman

 

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 tgh

 

Disediakan oleh :

  

………………………………

TAJOL ARIFFIN BIN HASAN
Setiausaha Surau
Kampung Kubang Badak

 


MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU SESI 2022-2024 (BIL : KEDUA)

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKSKB.01-02(02)03/23
Tarikh : 01/03/2023

Ahli Jawatankuasa,
Penasihat,
Pemerhati,
Surau Kampung Solok Kubang Badak
78100 Lubuk China
Melaka

Tuan/puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU SESI 2022-2024 (BIL : KEDUA)

Dengan penuh takzim saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, panggilan mesyuarat Jawatankuasa surau kali kedua akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 04hb Mac, 2023 (Sabtu)
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Surau Kampung Solok Kubang Badak

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang berkelapangan adalah dijemput hadir dan semoga kehadiran tuan/puan akan melicinkan lagi perjalanan mesyuarat. Atas kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan lafaz kesyukuran dan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MELAKA MAJU JAYA RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,



TAJOL ARIFFIN BIN HASAN
Setiausaha,
Jawatankuasa Surau Solok Kubang Badak

Selasa, 8 November 2022

Lawatan Tapak Oleh Kontraktor Yang Dilantik Bersama Pegawai KPLB




Isnin 7hb nov, kontraktor yang terpilih dalam cabutan undian bagi kerja-kerja baikpulih surau Kampung Solok Kubang Badak telah datang meninjau keadaan fizikal surau dan telah diberi keterangan oleh Pegawai KPLB apa-apa perkara yang perlu dibaikpulih berdasarkan arahan BQ (Bill of Quantity).

Turut sama berada di surau ialah pengerusi, setiausaha, bendahari dan penasihat surau. Kerja-kerja baikpulih ini akan dilakukan pada bulan november dan insya Allah akan siap sebelum disember.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024   TARIKH           : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H MASA              : 10.00...