PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Ahad, 25 September 2022

MESYUARAT JAWATANKUASA KALI PERTAMA


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image

MOHON INFAQ

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah. 

Dengan penuh taqzim, kami  ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.

ان شاء الله. 

Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA 

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah. 

 ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI PERTAMA SESI 2022-2024


TARIKH          : 25 Sept 2022 / 28 Safar 1444H

MASA             : 10.30 pagi

TEMPAT         : Surau Kampung Solok Kubang Badak

KEHADIRAN  : Rujuk LAMPIRAN ‘A’

 

 

1.    Ucapan Aluan Pengerusi

 

1.1.        Pengerusi mengucapkan salam dan meraikan kehadiran semua jawatankuasa termasuk penasihat dan pemerhati. Pengerusi juga mengalu-alukan mereka yang hadir walaupun bukan ahli jawatankuasa kerana fungsi surau adalah tempat ibadah bukan bersifat mutlak atau individu tetapi universal atau terbuka. Semua pendapat dan pandangan jema’ah adalah diraikan.

1.2.        Pengerusi melahirkan rasa syukur yang amat sangat kerana akhirnya surau Kampung Solok Kubang Badak dapat diimarahkan kembali dan jawatankuasa dapat diwujudkan untuk menyelia tadbir surau.

1.3.        Surau menerima banyak sumbangan dana dari pelbagai pihak. Pengerusi mewakili barisan jawatankuasa merakam ucapan syukur dan terima kasih kepada mereka yang sudi memberi infaq tersebut.

1.4.        Sebagaimana isi surat edaran mesyuarat jawatankuasa, pengerusi memaklumkan agenda mesyuarat kali pertama ini adalah bertujuan;

 

1.4.1.           Ta’aruf yakni sesi suai kenal antara semua jawatankuasa.

1.4.2.           Penubuhan Biro-Biro bagi melicinkan lagi urusan pentadbiran surau.

1.4.3.           Perancangan taqwim tahunan.

1.4.4.           Membincangkan perkara-perkara berbangkit dan lain-lain hal.

      Makluman

 

2.    Sesi Ta’aruf/suai kenal antara barisan jawatankuasa.

 

2.1.        Pengerusi  memperkenalkan diri kemudian diikuti oleh timbalan pengerusi, bendahari dan setiausaha. Hampir 95% barisan jawatankuasa hadir walaupun cuaca hujan sepanjang malam. Termasuk juga dalam sesi ta’aruf ini penasihat dan 2 orang pemeriksa kira-kira.

2.2.        Salah seorang daripada 3 orang penasihat surau hadir iaitu Ybhg Dato’ Abd Malek Sa’ad yang juga merupakan anak jati kampung Solok Kubang Badak.

2.3.        Penasihat syarak merangkap jawatankuasa iaitu Imam Halim atau nama sebenar beliau Asli Dali turut hadir dan berkongsi pengalaman.

2.4.        Dua orang jawatankuasa daripada Port Dickson juga hadir iaitu Pn Rohana Hashim dan Tun Zubaidah Abu Bakar. Kedua insan ini banyak membantu dan memberi infaq sama ada secara individu atau NGO yang beliau aktif di dalamnya.

2.5.        Pengerusi Madrasah Solok Serban Hijau En Noor Arifin Muhammad turut hadir bersama beberapa orang jawatankuasa beliau memberi moral support kepada jawatankuasa surau Kampung Solok Kubang Badak.

2.6.        Pengerusi berharap selepas majlis ta’aruf ini akan lebih merapatkan lagi ukwah antara semua barisan jawatankuasa dan dapat sama-sama membantu beliau mengurus tadbir surau dengan lebih baik lagi.

      Makluman

 

3.    Pelantikan Biro-Biro

 

3.1.        Pengerusi membuka cadangan kepada semua jawatankuasa untuk mewujudkan biro-biro yang berkaitan. Setiausaha mencadangkan wujudkan cuma 4 biro sahaja memandangkan kita belum ada ramai jema’ah lagi. Biro-biro yang dicadangkan ialah;

 

1.    Biro Kebersihan

2.    Biro Kebajikan

3.    Biro Keceriaan/Sajian dan

4.    Biro Dakwah

         

3.2.        Atas pandangan Imam Halim, Pengerusi bagi Biro Kebersihan dan Biro Dakwah dipegang oleh pengerusi surau sendiri untuk lebih memudahkan. Mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut. Terpulang kepada pengerusi Biro nanti untuk melantik pembantu beliau dalam biro tersebut.

 

3.3.        Biro Kebajikan pula diserahkan kepada Bendahari kerana beliau lebih arif kedudukan kewangan surau. Ia memudahkan jika nanti surau ingin membuat sumbangan kepada jema’ah berdasarkan kedudukan kewangan semasa surau. Perkara ini juga disetujui oleh semua jawatankuasa.

 

3.4.        Manakala Biro Keceriaan/sajian diserahkan kepada Pn Zuzana Hasan. Jawatankuasa juga bersetuju sebulat suara.

         Makluman

 

4.    Taqwim

 

4.1.        Setiausaha membangkitkan kembali hasrat anak cucu Kampung Solok Kubang Badak untuk menganjurkan ‘Pertemuan Ukhwah’ pada skala besar iaitu membabitkan semua anak cucu Kampung Solok Kubang Badak yang telah lama tidak bertemu. Antara pengisian pertemuan itu nanti ialah mengadakan bacaan yassin atau tahlil untuk warga kampung yang telah meninggal dunia. Ini termasuklah nenek moyang kita.

 

4.2.        Tarikh cadangan yang diputuskan oleh jawatankuasa setakat ini ialah pada 24hb Dec, 2022 (Sabtu bersamaan 29 jamadilawal 1444H). Setiausaha akan memaklumkan dari semasa ke semasa jika kedapatan perubahan pada tarikh tersebut.

 

4.3.        Menyentuh soal makan minum, jawatankuasa juga memutuskan untuk menggunakan khidmat katering. Mereka yang terlibat nanti diminta memberi sedikit sumbangan bagi tujuan tersebut. Jumlah sumbangan belum diputuskan. Bagaimanapun bagi mereka yang ingin membawa makanan secara pot luck, ia juga dialu-alukan.

 

4.4.        Sumbangan untuk penganjuran Pertemuan Ukhwah itu disyorkan selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh cadangan. Jika terdapat kekurangan dana untuk menampung kos katering maka Insya Allah, pihak surau akan menambahnya.

Makluman

5.    Lain-lain

5.1.        Bendahari memaklumkan kedudukan ringkas kewangan surau setakat ini ialah, baki wang di bank berjumlah RM1870.00 dan baki wang ditangan pula ialah RM3003.30. Ini tidak termasuk sumbangan terbaru yang belum dimasukan ke bank iaitu sekeping cek bernilai RM750.00 dan tunai RM50.00. Bendahari menjelaskan baki wang ditangan yang kelihatan besar angkanya itu adalah kerana ia bertujuan untuk membaik pulih surau (yang sedang dijalankan) serta untuk membeli almari (tempat simpan sejadah dan Al Quran).

 

5.2.        Pengerusi mencadangkan satu kutipan bulanan dilakukan dengan jumlah minima RM10.00 sebulan bagi tujuan pentadbiran dan pembayaran bil-bil utiliti. Setiausaha akan memaklumkan perkara ini dalam kumpulan whatsapp Anak Cucu Kg Kemadak. Imam Halim pula mencadangkan jumlah kutipan tersebut tidak ditetapkan tetapi terpulang kepada mereka yang hendak menginfaq. Beliau juga mencadangkan infaq atau sumbangan boleh juga dibayar sekaligus RM120 setahun untuk lebih memudahkan.

 

5.3.        Imam Halim membangkitkan tentang papan tanda kubur. Kalau boleh papan tanda kubur Kampung Solok Kubang Badak dipasang kerana papan tanda lama telah rosak/hilang. Perkara ini akan dibincangkan nanti untuk menentukan sumber mana hendak digunakan.

 

5.4.        Untuk pengisian surau, pengerusi ada cadangan untuk mengadakan kelas mengaji yang akan dikendalikan oleh Imam Halim. Bila kelas ini akan bermula bergantung kepada sambutan.


5.5.        Masalah parking yang terhad, Dato’ Malek yang juga antara penasihat surau memaklumkan, beliau telah memajukan kepada jabatan berkaitan untuk menurap kembali jalan kampung sepanjang lebih kurang 1.8km. Ketika itu nanti, kawasan parking disisi jalan akan diturap sekali.

 

Makluman

 

Sebelum pengerusi menutup mesyuarat, timbalan pengerusi menjemput Imam Halim untuk membacakan doa bagi mendapat keberkatan mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.55 tgh

 

LAMPIRAN ‘A’

SENARAI JAWATANKUASA SURAU KAMPUNG KUBANG BADAK SESI 2022-2024


Jumaat, 9 September 2022

PEMBUKAAN AKAUN SEMASA SURAU DI BANK RAKYAT MASJID TANAH

 

Bank Rakyat Cawangan Masjid Tanah

ALHAMDULILLAH akhirnya akaun bank semasa surau dapat dibuka di Bank Rakyat cawangan Masjid Tanah pada 07hb sept, 2022. Selain 3 orang penama yang hadir (Pengerusi En Osman Mohd Isa, Timbalan Pengerusi En Abdul Aziz Hamzah dan Bendahari En KD Azlan Maji), turut hadir ialah setiausaha En Tajol Ariffin Hasan dan 2 orang jawatankuasa (En Mohamad Noor @Jamai dan En. Sidek Adam) serta penasihat surau Dato' Malek sa'ad.

Oleh kerana ramai jawatankuasa yang hadir termasuk penasihat, maka kesempatan diambil oleh jawatankuasa berbincang tentang hala tuju surau. Bantuan daripada Prasarana akan disusul oleh Dato' Malek sementara lain-lain bantuan, setiausaha akan membuat surat rasmi nanti. Beberapa agensi dan jabatan serta orang perseorangan telah dikenal pasti untuk tujuan tersebut.

Dengan pembukaan akaun semasa surau ini, bendahari tidak perlu lagi menyimpan wang tunai yang banyak ditangan melainkan sedikit untuk simpanan petty cash. No akaun ialah : 11-0203123-5 Kepada mana-mana agensi atau jabatan atau individu yang ingin menginfaq kepada surau, ia amat dialu-alukan. Sumbangan boleh dimasukan terus ke akaun semasa surau.




MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024   TARIKH           : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H MASA              : 10.00...