PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

LAPORAN KEWANGAN

LAPORAN BENDAHARI PADA MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KETIGA  (14/5/23)

Bendahari memaklumkan jumlah terkini akaun semasa surau berdasarkan penyata bank terkini 31/3/2023 (Penyata untuk bulan April masih belum diterima) ialah baki tunai di bank berjumlah RM8232.74 manakala baki tunai ditangan ialah RM1322.90


LAPORAN BENDAHARI PADA MESYUARAT JAWATANKUASA KALI PERTAMA (25/9/22)

Bendahari memaklumkan kedudukan ringkas kewangan surau setakat ini ialah, baki wang di bank berjumlah RM1870.00 dan baki wang ditangan pula ialah RM3003.30. Ini tidak termasuk sumbangan terbaru yang belum dimasukan ke bank iaitu sekeping cek bernilai RM750.00 dan tunai RM50.00. Bendahari menjelaskan baki wang ditangan yang kelihatan besar angkanya itu adalah kerana ia bertujuan untuk membaik pulih surau (yang sedang dijalankan) serta untuk membeli almari (tempat simpan sejadah dan Al Quran).


Tiada ulasan:

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024   TARIKH           : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H MASA              : 10.00...