PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

DOKUMEN












1) SURAT KEPADA PRASARANA

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : SKSKB.02-03(01)08/22

Tarikh        : 22/08/2022

SETIAUSAHA BAHAGIAN

Bahagian Prasarana, Aras 23

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4

62100 Putrajaya.

Tuan,

MEMOHON PERUNTUKAN MEMBAIK PULIH SURAU SOLOK KUBANG BADAK.

Perkara di atas dan perbincangan bersama pihak Tuan adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon untuk mendapatkan peruntukan bagi membaik pulih Surau Solok Kubang Badak yang  telah uzur.

3. Untuk makluman pihak Tuan, sebenarnya surau ini telah hampir 20 tahun terbiar kerana tidak ditunggu lantaran Jemaah pergi ke surau/masjid kampung sebelah. Keadaan surau yang tidak mengizinkan untuk Jemaah bersolat menyebab Jemaah terpaksa bersolat di surau kampung sebelah.

4. Oleh yang demikian, kami amat berharap agar pihak Tuan dapat memberikan pertimbangan dan perhatian yang sewajarnya terhadap permohonan ini. Ia merupakan permohonan kami yang pertama kali dibuat kepada pihak Kementerian sementelah permohonan ini memberi nilai faedah yang banyak kepada penduduk.

Segala kerjasama yang diberikan amatlah kami hargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

 

 ……………………………..                                          

Dato’ Abdul Malek bin Sa’ad                                                       

Penasihat Surau Solok Kubang Badak      

                                                                                                                                                       Sk :

Pengerusi Surau Solok Kubang Badak         

Setiausaha Solok Kubang Badak





2) SURAT KEPADA BANK RAKYAT

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : SKSKB.03-01(01)09/22

Tarikh        :     /09/2022

BANK RAKYAT

MT 2893, 2895, Jalan Taman Bandar Baru Utama,

Taman Bandar Baru Masjid Tanah,

78300 Masjid Tanah, Melaka.

Tuan,

PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN SEMASA  SURAU SOLOK KUBANG BADAK

Sukacita dimaklumkan, perkara di atas adalah dirujuk.

2.    Sehubungan dengan keputusan Mesyuarat Khas Penubuhan Jawatankuasa Surau Kampung Kubang Badak bagi sesi 2022 – 2024, mesyuarat telah sebulat suara memutuskan untuk membuka akaun semasa Surau Solok Kubang Badak di Bank Rakyat Cawangan Masjid Tanah.   

3.         Terma penandatangan bagi cek-cek surau adalah 2 daripada 3 penama di bawah :

 

BIL

JAWATAN

NAMA

NO.KAD PENGENALAN

NO TELEFON

1

PENGERUSI

OSMAN BIN MOHD ISA

820922-04-5509

017-3473717

2

TIMB. PENGERUSI

 

ABDUL AZIZ BIN HAMZAH

 

611003-04-5339

011-18510790

5

BENDAHARI

KD AZLAN BIN MAJI

740503-01-5639

013-3373574

 

4. Kerjasama dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Yang benar,

 

……………………………..                                          

Tajol Ariffin bin Hasan                                                       

Setiausaha                                   





3) SURAT KEPADA JAIM

Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : SKSKB.02-01(02)08/22

Tarikh :     /08/2022

Kepada,

Ketua Penolong Pengarah,

Bahagian Pengurusan Masjid,

Jabatan Agama Islam Melaka.

 

Melalui dan salinan kepada,

 

Pengerusi

Jawatankuasa Masjid Ar-Rabbani

Kampung Sungai Siput

78100 Lubuk China

Melaka.

 

Tuan,

SENARAI JAWATANKUASA SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK MUKIM KAMPUNG SUNGAI SIPUT SESI 2022-2024

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa satu Mesyuarat Khas telah dijalankan pada 7 Ogos 2022, bagi melantik Jawatankuasa Surau Kampung Solok Kubang Badak. Tujuan pelantikan ini dibuat ialah bagi membolehkan pengurusan dan pengoperasian surau ini dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan teratur. Bersama ini disertakan dokumen minit mesyuarat khas tersebut dan lampiran senarai jawatankuasa yang telah dilantik untuk rujukan dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

3.         Keprihatinan dan kerjasama tuan atas perkara ini amat dihargai . Segala pertanyaan berkaitan perkara ini boleh berhubung dengan Encik Osman Bin Mohd Isa, Pengerusi Surau Kampung Solok Kubang Badak di talian 0173473717.

Sekian, terima kasih.

“MELAKA MAJU JAYA RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

OSMAN BIN MOHD ISA

Pengerusi,

Jawatankuasa Surau Kampong Solok Kubang Badak.






4) SURAT KEPADA JAPERUN


Ruj. Tuan :

Ruj. Kami : SKSKB.02-04(01)08/22

Tarikh        :     /08/2022


Pengerusi

JAPERUN DUN Air Limau

78100 Lubuk China

Melaka

Melalui dan salinan kepada

Pengerusi

Jawatankuasa Masjid Ar-Rabbani

Kampung Sungai Siput

78100 Lubuk China

Melaka 

Tuan,

SENARAI JAWATANKUASA SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK MUKIM KAMPUNG SUNGAI SIPUT SESI 2022-2024

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan kepada pihak tuan bahawa satu Mesyuarat Khas telah dijalankan pada 7 Ogos 2022, bagi melantik Jawatankuasa Surau Kampung Solok Kubang Badak. Tujuan pelantikan ini dibuat ialah bagi membolehkan pengurusan dan pengoperasian surau ini dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan teratur. Bersama ini disertakan dokumen minit mesyuarat khas tersebut dan lampiran senarai jawatankuasa yang telah dilantik untuk rujukan dan tindakan pihak tuan selanjutnya. 

3.         Keprihatinan dan kerjasama tuan atas perkara ini amat dihargai . Segala pertanyaan berkaitan perkara ini boleh berhubung dengan Encik Osman Bin Mohd Isa, Pengerusi Surau Kampung Solok Kubang Badak di talian 0173473717.

Sekian, terima kasih.

“MELAKA MAJU JAYA RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,

 

OSMAN BIN MOHD ISA

Pengerusi,

Jawatankuasa Surau Kampung Solok Kubang Badak.



NO FOLIO SURAT (Kredit kepada Bang Mat Kluang)

SUBJEK

NO FOLIO

MESYUARAT

01

Mesyuarat Agung

01-01 (bil surat)bln/tahun

Mesyuarat AJK

01-02

Mesyuarat khas AJK

01-03

 

 

SURAT MENYURAT

02

MAIM

02-01

Masjid/Surau

02-02

ADUN/POLITIK

02-03

JAPERUN

02-04

Polis

02-05

Pejabat Daerah

02-06

Pekeliling

02-07

 

 

 

 

KEWANGAN

03

Bank

03-01

 

 

UMUM

04

Khairat

04-01

Kebajikan

04-02

Ekonomi

04-03

program

04-04

Tiada ulasan:

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024   TARIKH           : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H MASA              : 10.00...