EDARAN SEGERA
Pengerusi Jawatankuasa Masjid Dan Surau
Pegawai Syarak Masjid
Seluruh Negeri Melaka
YB Datuk Wira / YB Datuk / S.S Datuk Wira / YBhg. Datuk Wira /
YBhg. Dato’ / YBhg. Datuk / Tuan,
PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN
PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA
Dengan segala hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di
atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa,
berikutan pengumuman pembubaran Parlimen Ke-14 pada 11 Oktober 2022 yang
lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) telah menetapkan Tarikh Pililhan
Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15) pada 19 November 2022. Semua pihak akan berusaha
menjalankan kempen dengan pelbagai aktiviti bagi memastikan. proses pilihanraya
berjalan dengan sempurna.
3. Sehubungan itu, bagi memastikan institusi masjid dan surau
adalah terpelinara kesuciannya, YB Datuk Wira / YB Datuk / S.S Datuk Wira / YBhg.
Datuk Wira / YBhg. Dato’ / YBhg. Datuk / Tuan hendaklah memastikan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana berikut dipatuhi :
a. Aktiviti solat berjemaah hanya boleh diimamkan_ oleh pegawai
syarak masjid sahaja. Jemputan yang dikaitkan dengan parti politik DILARANG
dari memimpin solat;
PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN
RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA
b. Khutbah Jumaat hanya boleh disampaikan oleh Pegawai Syarak
masjid sahaja. Khatib jemputan DILARANG daripada menyampaikan khutbah;
c. Penganjuran majlis atau acara yang dihadiri oleh pemimpin parti
politik serta anjuran bersama parti politik atau Bersama mana-mana wakil
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah DILARANG;
d. Sebarang pemasangan lambang parti politik seperti pemasangan
bendera dan edaran risalah penerbitan di premis masjid dan surau adalah DILARANG;
e. Sebarang bentuk ceramah dan ucapan berkaitan pilihanraya atau
politik kepartian atau berkaitan dengan mana-mana NGO adalah DILARANG;
f. Penceramah dari luar Negeri Melaka di masjid dan surau adalah
DITANGGUHKAN,
g. Ceramah dan kelas bagi penceramah sedia ada di masjid dan surau
yang menjadi calon atau wakil calon dalam PRU Ke-15 hendaklah DITANGGUHKAN;
h. Program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Melaka di masjid dan surau
adalah DIBENARKAN; dan
i. Sebarang penganjuran program sepanjang tempoh kempen PRU Ke-15
di masjid dan surau dalam Negeri Melaka HENDAKLAH mendapat kebenaran daripada
Jabatan Agama Islam Melaka.
4. Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 November 2022 sehingga 25 November
2022.
5. Sehubungan itu, seluruh jawatankuasa masjid dan surau serta Pegawai
Syarak di Negeri Melaka dipohon untuk mematuhi akan peraturan ini. Sebarang
pertanyaan, sila hubungi Ustaz Razali Bin Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan
Masjid di talian 019-2347281 / 06- 2882632 atau Tn. Hj. Hussin Bin Hj. Muhamad,
Ketua Nazir Masjid dan Madrasah di talian 019-6662594 / 06-2882639.
PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN
PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA
6. Keprihatinan dan kerjasama YB Datuk Wira /YB Datuk /Datuk
Wira /YBhg. Datuk Wira /YBhg. Dato’ /YBhg. Datuk /Tuan terhadap perkara ini
amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA"
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"DAHULUI DAN DIIKUTI"
Saya yang menjalankan amanah,
Dato' Che Sukri Che Mat
Pengarah
Jabatan Agama Islam Melaka
s.k : Setiausaha Kerajaan
Negeri Melaka
: Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka
: S.S Mufti Kerajaan Negeri Melaka
: Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka
: Ketua Polis Melaka
: Pegawai Khas Agama Kepada YAB Ketua Menteri Melaka