PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Rabu, 26 Oktober 2022

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

EDARAN SEGERA

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Dan Surau

Pegawai Syarak Masjid

Seluruh Negeri Melaka

 

YB Datuk Wira / YB Datuk / S.S Datuk Wira / YBhg. Datuk Wira / YBhg. Dato’ / YBhg. Datuk / Tuan,

 

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

Dengan segala hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa,  berikutan pengumuman pembubaran Parlimen Ke-14 pada 11 Oktober 2022 yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) telah menetapkan Tarikh Pililhan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15) pada 19 November 2022. Semua pihak akan berusaha menjalankan kempen dengan pelbagai aktiviti bagi memastikan. proses pilihanraya berjalan dengan sempurna.

3. Sehubungan itu, bagi memastikan institusi masjid dan surau adalah terpelinara kesuciannya, YB Datuk Wira / YB Datuk / S.S Datuk Wira / YBhg. Datuk Wira / YBhg. Dato’ / YBhg. Datuk / Tuan hendaklah memastikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana berikut dipatuhi :

a. Aktiviti solat berjemaah hanya boleh diimamkan_ oleh pegawai syarak masjid sahaja. Jemputan yang dikaitkan dengan parti politik DILARANG dari memimpin solat;

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

b. Khutbah Jumaat hanya boleh disampaikan oleh Pegawai Syarak masjid sahaja. Khatib jemputan DILARANG daripada menyampaikan khutbah;

c. Penganjuran majlis atau acara yang dihadiri oleh pemimpin parti politik serta anjuran bersama parti politik atau Bersama mana-mana wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah DILARANG;

d. Sebarang pemasangan lambang parti politik seperti pemasangan bendera dan edaran risalah penerbitan di premis masjid dan surau adalah DILARANG;

e. Sebarang bentuk ceramah dan ucapan berkaitan pilihanraya atau politik kepartian atau berkaitan dengan mana-mana NGO adalah DILARANG;

f. Penceramah dari luar Negeri Melaka di masjid dan surau adalah DITANGGUHKAN,

g. Ceramah dan kelas bagi penceramah sedia ada di masjid dan surau yang menjadi calon atau wakil calon dalam PRU Ke-15 hendaklah DITANGGUHKAN; 

h. Program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Melaka di masjid dan surau adalah DIBENARKAN; dan

i. Sebarang penganjuran program sepanjang tempoh kempen PRU Ke-15 di masjid dan surau dalam Negeri Melaka HENDAKLAH mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Melaka.

4. Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 November 2022 sehingga 25 November 2022.

5. Sehubungan itu, seluruh jawatankuasa masjid dan surau serta Pegawai Syarak di Negeri Melaka dipohon untuk mematuhi akan peraturan ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Razali Bin Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan Masjid di talian 019-2347281 / 06- 2882632 atau Tn. Hj. Hussin Bin Hj. Muhamad, Ketua Nazir Masjid dan Madrasah di talian 019-6662594 / 06-2882639.

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

6. Keprihatinan dan kerjasama YB Datuk Wira /YB Datuk /Datuk Wira /YBhg. Datuk Wira /YBhg. Dato’ /YBhg. Datuk /Tuan terhadap perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA"

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"DAHULUI DAN DIIKUTI"


Saya yang menjalankan amanah,

Dato' Che Sukri Che Mat

Pengarah

Jabatan Agama Islam Melaka

 

s.k  : Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

: Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka

: S.S Mufti Kerajaan Negeri Melaka

: Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka

: Ketua Polis Melaka

: Pegawai Khas Agama Kepada YAB Ketua Menteri Melaka

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024   TARIKH           : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H MASA              : 10.00...