PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sabtu, 20 Ogos 2022

KRONOLOGI SURAU

 


SURAU SOLOK KUBANG BADAK

KRONOLOGI SURAU

TIDAK mungkin dapat saya  menuliskan kronologi surau Kampung Kubang Badak ini secara tepat dan lengkap. Ia memerlukan kajian dan penyelidikan dari orang-orang lama di kampung ini. Dan kita semua ketahui, ramai antara mereka yang telah meninggal dunia. Bahkan Saya sendiri merupakan generasi ke 3 atau ke 4 atau barangkali ke 5.

Kampung Kemadak atau dalam surat beranak beberapa sahabat, saudara mara tertulis Kampung Kubang Badak. Bagaimanapun nama asal kampung ini ialah Kampung Solok Kubang Badak. Kedudukannya yang berjiran dengan Kampung Solok Serban Hijau menyakinkan itulah nama sebenar kampung ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh orang lama kampung ini iaitu Abg Udin (En Kamarudin bin Hamid).

Berbalik kepada kronologi surau, sebenarnya surau Kampung Kubang Badak ini begitu gah suatu ketika dulu. Saat itu jumlah penduduk kampung sekitar 100 orang. Kebanyakan mereka bekerja sebagai penoreh dan bersawah padi. Saya masih ingat, antara imam surau ini ialah arwah ayah Napi dan arwah atok Sa’ad. Saya difahamkan arwah Lebo juga pernah menjadi imam di surau kebanggaan penduduk ini suatu masa dulu. Ketika arwah Lebo menjadi imam, saya telah pun berhijrah ke Seremban.

Pembinaan surau ini mendapat peruntukan terus daripada Ketua Menteri Melaka Ketika itu iaitu Tun Abdul Ghafar Baba (1959 – 1967). Peruntukan tersebut juga termasuk untuk membina jambatan hitam yang panjang yang merentangi sawah padi antara Kampung Kubang Badak ke Kampung Sungai Siput. Saya jangkakan surau asal ini dibina sekitar tahun 60-an. Bermakna usia surau ini telah melebihi 50 tahun! Jambatan hitam yang penuh nostalgia itu pun telah runtuh tanpa meninggalkan kesan. 

Kegemilangan surau akhirnya menjadi suram tatkala ramai penduduk asalnya berhijrah ke bandar kerana peluang untuk bekerja di kampung hanyalah sebagai penoreh atau petani. Surau Kampung Kubang Badak kesudahannya terbiar kerana ketiadaan Jemaah. Ia berlarutan selama hampir 30 tahun. Bagaimanapun struktur asas surau tetap utuh lantaran berkatnya orang-orang dahulu yang mungkin mendoakan agar Allah memelihara surau ini. Buktinya, ruh surau tetap hidup di kalangan anak cucu warga Kampung Kubang Badak.

Tanggal 17 julai, 2022, akhirnya satu gotong royong dilakukan untuk kembali membersihkan persekitaran surau. Saya sendiri menerima panggilan dari Jamai yang mengajak saya balik untuk bersama-sama membantu gotong royong. Tetapi Ketika itu ada majlis perkahwinan anak saudara. Jadi saya tidak dapat hadir.

Akan tetapi rohaniah surau memanggil saya begitu kuat. Ketika Jamai mencadangkan agar saya membuat satu platform medsos (media social) untuk menghimpun anak cucu warga Kampung Kubang Badak, saya terus mewujudkan whatsapp group khas bagi tujuan tersebut. Dari kumpulan whatsapp inilah bermulanya pertemuan di alam siber bagi anak cucu warga Kampung Kubang Badak sekaligus merapatkan kembali silaturahim yang hampir terputus. Manakan tidak, ada antara kami yang telah lama  tidak berjumpa lebih yakni dari 10 ke 30 tahun. Yang bujang telah berkahwin. Yang berkahwin telah bercucu bahkan ada juga yang telah meninggal dunia (Al Fatihah-dibaca dalam hati)

9 ogos, 2022, setelah beberapa perancangan dibuat akhirnya satu mesyuarat khas telah diadakan bertujuan untuk mewujudkan jawatankuasa surau. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh wakil Masjid Ar Rabbani iaitu S/U masjid dan kehadiran beberapa jemaah termasuk pengerusi Madrasah Solok Serban Hijau sebagai pemerhati. Kehadiran mesyuarat khas itu adalah seramai 32 orang. 

Akhirnya sebuah jawatankuasa dapat dibentuk (rujuk SENARAI JAWATANKUASA). 

Mesyuarat pertama jawatankuasa surau berjaya direalisasikan pada 25hb sept, 2022 dengan kehadiran 12 daripada 14 orang jawatankuasa termasuk beberapa orang pemerhati dan penasihat surau. 

Berikut adalah kronologi ringkas perjalanan surau dihidupkan kembali.

17/07 : Gotong royong pertama.
09/08 : Mesyuarat khas pelantikan jawatankuasa
22/08 : Permohonan bantuan baikpulih ke Prasarana melalui Dato' Malek
29/08 : Menghantar permohonan rasmi untuk mendaftarkan surau ke JAIM
01/09 : Surau berjaya didaftarkan semula
07/09 : Akaun semasa surau dibuka di Bank Rakyat Masjid Tanah
25/09 : Mesyuarat kali pertama jawatankuasa selepas pendaftaran surau diluluskan
25/10 : Permohonan ke Prasarana diluluskan
26/10 : Lawatan oleh pegawai KPLB kali ke 2.
01/11 : Undian untuk melantik kontraktor
07/11 : Lawatan tapak oleh kontraktor bersama pegawai KPLB



Tiada ulasan:

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024   TARIKH           : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H MASA              : 10.00...