PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Rabu, 15 Mac 2023

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEDUA SESI 2022-2024

  • TARIKH : 04 Mac 2023 / 11 Syaaban 1444HMASA : 10.00 pagi
  • TEMPAT : Surau Kampung Solok Kubang Badak
  • KEHADIRAN : Rujuk LAMPIRAN ‘A’

1.    Ucapan Aluan Pengerusi

 

1.1.        Pengerusi meraikan kehadiran semua jawatankuasa termasuk penasihat dan pemerhati dengan lafaz ‘assalamualaikum’. Pengerusi juga memaklumkan, pendapat dan pandangan setiap yang hadir adalah dialu-alukan. Kepada jawatankuasa yang tidak berkesempatan hadir, mereka juga pada bila-bila masa boleh memberi buah pandang demi kebaikan surau.

1.2.        Status baik pulih surau sekitar 95%. Tinggal final touch sahaja Dijangka siap menjelang Ramadhan.

1.3.        Difahamkan pada hari isnin (6hb Mac) nanti pegawai KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) mengantikan nama KPLB (kerana pertukaran kerajaan) akan mengadakan lawatan serta serah hak. Pengerusi dan bendahari dan mungkin Penasihat, Dato Malek akan mewakili pihak pengurusan surau.

      Makluman

 

2.    Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.

 

2.1. En Mohammad Noor Mat Yusuh mencadangkan Minit Mesyuarat Bil Pertama(25/09/2022) diluluskan.

2.2.        En Abdul Aziz Hamzah menyokong

2.3.        Jawatankuasa sebulat suara menerima cadangan tersebut.     

Makluman/Setiausaha

 

3.    Perkara-Perkara Berbangkit

 

3.1.        Perkara 5.4 (Minit Mesyuarat Kali Pertama) : Kelas Mengaji. Program berjalan seperti jadual. Cuma Imam Halim dan Pengerusi berharap dapat sokongan dari jawatankuasa yang berkelapangan untuk hadir meramaikan jema’ah.         

3.2.        Perkara 5.2 (Minit Mesyuarat Kali Pertama) : Kutipan Dana Bulanan. Sambutan agak kurang. Timbalan pengerusi mohon setiausaha untuk update semula dalam group whatsapp Kg Kubang Badak. Pengerusi dan Bendahari mempunyai perancangan sendiri dalam mendapatkan dana surau melalui projek napier (rumput makanan lembu) yang akan mereka usahakan. Insya Allah.

 

3.3.        Perkara 4.1 (Minit Mesyuarat Kali Pertama) : Pertemuan ukhwah. Jawatankuasa memutuskan ia akan tetap diteruskan. Cadangannya ialah selepas raya. Program akan bersekali dengan jamuan hari raya (rumah terbuka surau). Maklumat program akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa oleh setiausaha.

        Makluman

 

4.    Lain-Lain Hal

 

4.1.        Pengerusi bercadang membuat bubur lambuk pada bulan Ramadhan nanti. Pada dasarnya semua jawatankuasa bersetuju. Perolehan dana untuk tujuan tersebut ialah melalui sumber surau sendiri, bagaimanapun infaq orang ramai masih tetap dialu-alukan.

4.2.        Setiausaha mencadangkan agar surau mengadakan iftar Ramadhan sekurang-kurangnya sekali pada Ramadhan nanti. Ia diikuti solat sunat tarawikh beramai-ramai.

4.3.        Menyentuh siapa imam bagi solat sunat tarawikh, pengerusi disaran membangkitkan persoalan tersebut dalam mesyuarat Masjid untuk mendapatkan persetujuan memandangkan surau kita di bawah khariah Masjid Ar Rabbani.

4.4.        Pembesar suara (untuk azan). Pengerusi mohon untuk menggantikan pembesar suara lama yang telah rosak. Imam Halim minta pengerusi bertanyakan kepada Masjid Ar Rabbani yang berkemungkinan ada lebihan pembesar suara memandangkan masjid baru-baru ini telah menaik taraf pembesar suara mereka.

4.5.        Bendahari memaklumkan kedudukan terkini kewangan surau ialah, baki di bank RM 6526.66 manakala tunai ditangan ialah RM700.00.

Makluman

 

5.    Penutup

5.1.        Imam Halim menasihatkan agar kita semua melunaskan segala hutang piutang puasa kerana Ramadhan bakal menjelma. Jangan Tangguh-tangguh ibadah kerana ia bekal akhirat kita.

5.2.        Pengerusi memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi untuk sepatah dua kata dan menutup sesi mesyuarat kali ini. Timbalan Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih atas kehadiran semua dan berharap jawatankuasa teruskan memberi sokongan padu demi memastikan pentadbiran surau berjalan lancar. Seterusnya Timbalan Pengerusi mohon Imam Halim membacakan doa penutup.

Makluman

 

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 tgh

 

Disediakan oleh :

  

………………………………

TAJOL ARIFFIN BIN HASAN
Setiausaha Surau
Kampung Kubang Badak

 


MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU SESI 2022-2024 (BIL : KEDUA)

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : SKSKB.01-02(02)03/23
Tarikh : 01/03/2023

Ahli Jawatankuasa,
Penasihat,
Pemerhati,
Surau Kampung Solok Kubang Badak
78100 Lubuk China
Melaka

Tuan/puan,

MESYUARAT JAWATANKUASA SURAU SESI 2022-2024 (BIL : KEDUA)

Dengan penuh takzim saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, panggilan mesyuarat Jawatankuasa surau kali kedua akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 04hb Mac, 2023 (Sabtu)
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Surau Kampung Solok Kubang Badak

3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan yang berkelapangan adalah dijemput hadir dan semoga kehadiran tuan/puan akan melicinkan lagi perjalanan mesyuarat. Atas kerjasama yang diberikan, kami dahului dengan lafaz kesyukuran dan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MELAKA MAJU JAYA RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA”

Saya yang menjalankan amanah,



TAJOL ARIFFIN BIN HASAN
Setiausaha,
Jawatankuasa Surau Solok Kubang Badak

Selasa, 8 November 2022

Lawatan Tapak Oleh Kontraktor Yang Dilantik Bersama Pegawai KPLB




Isnin 7hb nov, kontraktor yang terpilih dalam cabutan undian bagi kerja-kerja baikpulih surau Kampung Solok Kubang Badak telah datang meninjau keadaan fizikal surau dan telah diberi keterangan oleh Pegawai KPLB apa-apa perkara yang perlu dibaikpulih berdasarkan arahan BQ (Bill of Quantity).

Turut sama berada di surau ialah pengerusi, setiausaha, bendahari dan penasihat surau. Kerja-kerja baikpulih ini akan dilakukan pada bulan november dan insya Allah akan siap sebelum disember.

Rabu, 26 Oktober 2022

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

EDARAN SEGERA

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Dan Surau

Pegawai Syarak Masjid

Seluruh Negeri Melaka

 

YB Datuk Wira / YB Datuk / S.S Datuk Wira / YBhg. Datuk Wira / YBhg. Dato’ / YBhg. Datuk / Tuan,

 

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

Dengan segala hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa,  berikutan pengumuman pembubaran Parlimen Ke-14 pada 11 Oktober 2022 yang lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) telah menetapkan Tarikh Pililhan Raya Umum Ke-15 (PRU Ke-15) pada 19 November 2022. Semua pihak akan berusaha menjalankan kempen dengan pelbagai aktiviti bagi memastikan. proses pilihanraya berjalan dengan sempurna.

3. Sehubungan itu, bagi memastikan institusi masjid dan surau adalah terpelinara kesuciannya, YB Datuk Wira / YB Datuk / S.S Datuk Wira / YBhg. Datuk Wira / YBhg. Dato’ / YBhg. Datuk / Tuan hendaklah memastikan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sebagaimana berikut dipatuhi :

a. Aktiviti solat berjemaah hanya boleh diimamkan_ oleh pegawai syarak masjid sahaja. Jemputan yang dikaitkan dengan parti politik DILARANG dari memimpin solat;

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

b. Khutbah Jumaat hanya boleh disampaikan oleh Pegawai Syarak masjid sahaja. Khatib jemputan DILARANG daripada menyampaikan khutbah;

c. Penganjuran majlis atau acara yang dihadiri oleh pemimpin parti politik serta anjuran bersama parti politik atau Bersama mana-mana wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah DILARANG;

d. Sebarang pemasangan lambang parti politik seperti pemasangan bendera dan edaran risalah penerbitan di premis masjid dan surau adalah DILARANG;

e. Sebarang bentuk ceramah dan ucapan berkaitan pilihanraya atau politik kepartian atau berkaitan dengan mana-mana NGO adalah DILARANG;

f. Penceramah dari luar Negeri Melaka di masjid dan surau adalah DITANGGUHKAN,

g. Ceramah dan kelas bagi penceramah sedia ada di masjid dan surau yang menjadi calon atau wakil calon dalam PRU Ke-15 hendaklah DITANGGUHKAN; 

h. Program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Melaka di masjid dan surau adalah DIBENARKAN; dan

i. Sebarang penganjuran program sepanjang tempoh kempen PRU Ke-15 di masjid dan surau dalam Negeri Melaka HENDAKLAH mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Melaka.

4. Arahan ini berkuatkuasa mulai 1 November 2022 sehingga 25 November 2022.

5. Sehubungan itu, seluruh jawatankuasa masjid dan surau serta Pegawai Syarak di Negeri Melaka dipohon untuk mematuhi akan peraturan ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Razali Bin Ahmad, Ketua Bahagian Pengurusan Masjid di talian 019-2347281 / 06- 2882632 atau Tn. Hj. Hussin Bin Hj. Muhamad, Ketua Nazir Masjid dan Madrasah di talian 019-6662594 / 06-2882639.

PEKELILING PENGIMARAHAN MASJID DAN SURAU SEPANJANG TEMPOH KEMPEN PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU KE-15) DI NEGERI MELAKA

6. Keprihatinan dan kerjasama YB Datuk Wira /YB Datuk /Datuk Wira /YBhg. Datuk Wira /YBhg. Dato’ /YBhg. Datuk /Tuan terhadap perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

"MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA"

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"DAHULUI DAN DIIKUTI"


Saya yang menjalankan amanah,

Dato' Che Sukri Che Mat

Pengarah

Jabatan Agama Islam Melaka

 

s.k  : Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

: Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka

: S.S Mufti Kerajaan Negeri Melaka

: Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka

: Ketua Polis Melaka

: Pegawai Khas Agama Kepada YAB Ketua Menteri Melaka

Rabu, 5 Oktober 2022

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka

Assalamualaikum w.b.t.

Sabtu ini, 8 Oktober 2022, bermula pada jam 6.00 petang..

Majlis Agama Islam Melaka bersama Kerajaan Negeri Melaka akan menganjurkan program Malam Cinta Rasul bersempena dengan karnival Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2022M/1444H.  

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


Melakaku Maju Jaya

Rakyat Bahagia

Menggamit Dunia




MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KELIMA SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE LIMA SESI 2022-2024 TARIKH : 17 Nov 2024 / 15 Jamadilawal  1445H MASA : 10.00 pagi TEMPAT : S...