PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Rabu, 15 Mac 2023

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEDUA SESI 2022-2024

  • TARIKH : 04 Mac 2023 / 11 Syaaban 1444HMASA : 10.00 pagi
  • TEMPAT : Surau Kampung Solok Kubang Badak
  • KEHADIRAN : Rujuk LAMPIRAN ‘A’

1.    Ucapan Aluan Pengerusi

 

1.1.        Pengerusi meraikan kehadiran semua jawatankuasa termasuk penasihat dan pemerhati dengan lafaz ‘assalamualaikum’. Pengerusi juga memaklumkan, pendapat dan pandangan setiap yang hadir adalah dialu-alukan. Kepada jawatankuasa yang tidak berkesempatan hadir, mereka juga pada bila-bila masa boleh memberi buah pandang demi kebaikan surau.

1.2.        Status baik pulih surau sekitar 95%. Tinggal final touch sahaja Dijangka siap menjelang Ramadhan.

1.3.        Difahamkan pada hari isnin (6hb Mac) nanti pegawai KKDW (Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah) mengantikan nama KPLB (kerana pertukaran kerajaan) akan mengadakan lawatan serta serah hak. Pengerusi dan bendahari dan mungkin Penasihat, Dato Malek akan mewakili pihak pengurusan surau.

      Makluman

 

2.    Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.

 

2.1. En Mohammad Noor Mat Yusuh mencadangkan Minit Mesyuarat Bil Pertama(25/09/2022) diluluskan.

2.2.        En Abdul Aziz Hamzah menyokong

2.3.        Jawatankuasa sebulat suara menerima cadangan tersebut.     

Makluman/Setiausaha

 

3.    Perkara-Perkara Berbangkit

 

3.1.        Perkara 5.4 (Minit Mesyuarat Kali Pertama) : Kelas Mengaji. Program berjalan seperti jadual. Cuma Imam Halim dan Pengerusi berharap dapat sokongan dari jawatankuasa yang berkelapangan untuk hadir meramaikan jema’ah.         

3.2.        Perkara 5.2 (Minit Mesyuarat Kali Pertama) : Kutipan Dana Bulanan. Sambutan agak kurang. Timbalan pengerusi mohon setiausaha untuk update semula dalam group whatsapp Kg Kubang Badak. Pengerusi dan Bendahari mempunyai perancangan sendiri dalam mendapatkan dana surau melalui projek napier (rumput makanan lembu) yang akan mereka usahakan. Insya Allah.

 

3.3.        Perkara 4.1 (Minit Mesyuarat Kali Pertama) : Pertemuan ukhwah. Jawatankuasa memutuskan ia akan tetap diteruskan. Cadangannya ialah selepas raya. Program akan bersekali dengan jamuan hari raya (rumah terbuka surau). Maklumat program akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa oleh setiausaha.

        Makluman

 

4.    Lain-Lain Hal

 

4.1.        Pengerusi bercadang membuat bubur lambuk pada bulan Ramadhan nanti. Pada dasarnya semua jawatankuasa bersetuju. Perolehan dana untuk tujuan tersebut ialah melalui sumber surau sendiri, bagaimanapun infaq orang ramai masih tetap dialu-alukan.

4.2.        Setiausaha mencadangkan agar surau mengadakan iftar Ramadhan sekurang-kurangnya sekali pada Ramadhan nanti. Ia diikuti solat sunat tarawikh beramai-ramai.

4.3.        Menyentuh siapa imam bagi solat sunat tarawikh, pengerusi disaran membangkitkan persoalan tersebut dalam mesyuarat Masjid untuk mendapatkan persetujuan memandangkan surau kita di bawah khariah Masjid Ar Rabbani.

4.4.        Pembesar suara (untuk azan). Pengerusi mohon untuk menggantikan pembesar suara lama yang telah rosak. Imam Halim minta pengerusi bertanyakan kepada Masjid Ar Rabbani yang berkemungkinan ada lebihan pembesar suara memandangkan masjid baru-baru ini telah menaik taraf pembesar suara mereka.

4.5.        Bendahari memaklumkan kedudukan terkini kewangan surau ialah, baki di bank RM 6526.66 manakala tunai ditangan ialah RM700.00.

Makluman

 

5.    Penutup

5.1.        Imam Halim menasihatkan agar kita semua melunaskan segala hutang piutang puasa kerana Ramadhan bakal menjelma. Jangan Tangguh-tangguh ibadah kerana ia bekal akhirat kita.

5.2.        Pengerusi memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi untuk sepatah dua kata dan menutup sesi mesyuarat kali ini. Timbalan Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih atas kehadiran semua dan berharap jawatankuasa teruskan memberi sokongan padu demi memastikan pentadbiran surau berjalan lancar. Seterusnya Timbalan Pengerusi mohon Imam Halim membacakan doa penutup.

Makluman

 

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 tgh

 

Disediakan oleh :

  

………………………………

TAJOL ARIFFIN BIN HASAN
Setiausaha Surau
Kampung Kubang Badak

 


Tiada ulasan:

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024   TARIKH           : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H MASA              : 10.00...