PENGUMUMAN

AHLAN WAHSAHLAN. SELAMAT BERTAMU KE SURAU KAMPUNG SOLOK KUBANG BADAK. MARILAH SAMA-SAMA KITA MENGIMARAHKAN KEMBALI SURAU KITA



INFAQ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ
Kepada sahabat handai, Muslimin dan Muslimat yg dikasihi, semoga kita semua di dlm naungan Rahman dan Rahim Allah.

Dengan penuh taqzim, kami ingin menarik perhatian sahabat semua untuk kiranya dapat kita membuat infaq kpd Surau Kg Solok Kubang Badak bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan berkala surau. Kami dgn rendah diri menerima infaq dlm pelbagai bentuk. Mudahan ia menjadi saham akhirat kalian semua.
ان شاء الله. Segala infaq boleh disalurkan ke akaun semasa surau (Bank Rakyat - 11-0203123-5) atau utk infaq dlm bentuk materials, boleh berhubung dgn Jawatankuasa surau. Maklumat lanjut sila klik JAWATANKUASA

Kepada anak cucu dan waris Kg Kubang Badak, inilah masanya utk kita sama2 menghargai usaha nenek moyang kita membangun surau kita kira2 30 tahun yg lalu. Infaq lah biarpun sedikit tetapi dgn istiqomah.
ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Sabtu, 16 November 2024

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KELIMA SESI 2022-2024

 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE LIMA SESI 2022-2024


TARIKH : 17 Nov 2024 / 15 Jamadilawal  1445H

MASA : 10.00 pagi

TEMPAT : Surau Kampung Solok Kubang Badak

KEHADIRAN :10/16 (Rujuk Lampiran A)




  1. Ucapan Aluan Pengerusi


  1. Pengerusi meraikan kehadiran barisan Jawatankuasa yang berkesempatan hadir pada mesyuarat kali ke 5. Seterusnya Pengerusi meminta semua jawatankuasa yang hadir sama-sama membacakan Surah Al Fatehah bagi memberkati majlis.


      Makluman


  1. Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.


  1. En Mat Sidek Adam mencadangkan Minit Mesyuarat Bil Keempat (28/01/2024) diluluskan. 

  2. En Abdul Aziz Hamzah menyokong.

Makluman/Setiausaha


  1. Laporan Kewangan

    1. Bendahari memaklumkan setelah dia bersama Jawatankuasa Tertinggi dan juruaudit membuat semakan akaun surau berakhir 17/11/2024, butiran akaun adalah seperti berikut : 

  1. Baki di bank  - RM12,328.87 

  2. Baki tunai ditangan  - RM     370.70


  1. Laporan ringkas akaun penerimaan/perbelanjaan sehingga 17 November 2024 ialah;: 

  1. Terima sumbangan  - RM15,289.57

  2. Perbelanjaan - RM2,590.00


  1. Laporan kewangan dicadang untuk kelulusan oleh En Rusley Samsudin dan disokong oleh Pn Zuzana Hasan

Makluman/Jawatankuasa/Setiausaha/Bendahari



  1. Perkara-Perkara Berbangkit


  1. Pengerusi memaklumkan beberapa perkara berkaitan infrastruktur surau seperti lampu, kipas, vacum, pintu bilik air/tandas perempuan didapati telah rosak dan memerlukan pembaikan. Jawatankuasa bersetuju Pengerusi dan bendahari mendapatkan kos pembaikan tersebut.

  2. Termasuk juga pemasangan meter air surau masih belum dapat dilaksanakan ekoran kegagalan surau menyediakan tangki takungan air khusus. Terhadap isu berbangkit ini, jawatankuasa juga berharap pengerusi mendapatkan kos membuat takungan tangki air tersebut.

        Makluman


 

  1. Lain-Lain Hal


  1. MAT kali kedua dicadang untuk diadakan pada 26 Januari, 2025 bersamaan hari Ahad. Difahamkan keesokannya (Isnin 27 Januari, 2025) adalah hari cuti umum (Israk Mikraj). Jadi masih ada waktu rehat bagi Jemaah yang datang dari jauh. 

  2. Untuk menu makanan pada MAT ini, jawatankuasa mencadangkan agar khidmat katering digunakan. Tugas ini diserahkan kepada Ketua Biro Khas Pn Zuzana Hasan untuk berurusan dengan katering. Ia termasuk soal makan, minum dan juga jenis menu.

  3. Pengerusi mencadangkan salah satu pengisian MAT ialah diadakan ceramah Israk Mikraj. Hajjah Rohana Hashim akan memberi cenderahati kepada penceramah manakala soal bayaran penceramah, ia akan ditanggung surau sepenuhnya. Cadangan Pengerusi disokong oleh Jawatankuasa.

  4. Pengerusi juga akan memasang 1 khemah pada MAT itu nanti. Bercakap tentang khemah, ada cadangan dari pengerusi untuk surau membeli khemah bagi kegunaan sendiri di samping boleh dijadikan sumber pendapatan dari hasil sewa khemah. Bagaimanapun Jawatankuasa meminta pengerusi mendapatkan kos untuk membeli khemah. 

  5. Setiausaha membangkitkan isu yang menimpa keluarga Bendahari. Anak lelaki Bendahari dilaporkan akan menjalani pembedahan buah pinggang di Hospital Tengku Azizah Kuala Lumpur.   Sehubungan dengan itu Jawatankuasa mencadangkan untuk memberi sumbangan sebanyak RM2000.00 kepada Bendahari bagi meringankan bebanan beliau. 

Makluman



  1. Penutup. Ucapan Penanguhan Oleh Pengerusi

    1. Pengerusi sekali lagi merakam ucapan terima kasih atas kehadiran Jawatankuasa. Seeterusnya beliau meminta Timbalan Pengerusi untuk membacakan doa sebagai penutup mesyuarat. 


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:25am






Rabu, 31 Januari 2024

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

 

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEEMPAT SESI 2022-2024

 

TARIKH          : 28 Jan 2024 / 16 Rejab 1445H

MASA             : 10.00 pagi

TEMPAT         : Surau Kampung Solok Kubang Badak

KEHADIRAN  :09/16 (Rujuk Lampiran A)

 

 

 

1.    Ucapan Aluan Pengerusi

 

1.1.   Pengerusi meraikan kehadiran barisan Jawatankuasa yang berkesempatan hadir pada mesyuarat kali ke 4 ini. Seterusnya Pengerusi meminta semua jawatankuasa yang hadir sama-sama membacakan Surah Al Fatehah bagi memberkati majlis.

1.2.        Agenda mesyuarat kali ini ialah membuat persiapan untuk mengadakan MAT (Mesyuarat Agung Tahunan) pertama surau.

 

      Makluman

 

2.    Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.

 

2.1.        Cikgu Shalena Ismail mencadangkan Minit Mesyuarat Bil Ketiga (14/05/2023) diluluskan.

2.2.        Pn Zuzana Hasan menyokong.

Makluman/Setiausaha

 

3.    Laporan Kewangan

3.1.       Bendahari memaklumkan setelah dia bersama Jawatankuasa Tertinggi dan juruaudit membuat semakan akaun surau berakhir 31/12/2023, butiran akaun adalah seperti berikut :

                                         i.        Baki di bank  - RM9,279.60

                                       ii.        Baki tunai ditangan  - RM   500.00

 

3.2.        Laporan ringkas akaun penerimaan/perbelanjaan sepanjang tahun 2023 ialah;:

                                         i.        Terima sumbangan  - RM27,650.75

                                       ii.        Perbelanjaan             - RM21,245.30

 

Makluman/Jawatankuasa/Setiausaha/Bendahari

 

4.    Perkara-Perkara Berbangkit

 

4.1.        Tiada perkara berbangkit dibincangkan kecuali masalah air. Pengerusi memaklumkan akan diusahakan pemasangan tangki (takungan air) kerana syarat untuk mendapatkan bekalan air ialah mesti ada tangki.

        Makluman

 

5.    Mesyuarat Agung Tahunan/MAT  (Ahad 11 Feb 2024/01 Syaaban 1445)

 

5.1.     Mesyuarat memutuskan untuk mengadakan MAT pertama surau pada 11 Feb, 2024 bersamaan hari Ahad.

5.2.        Dokumentasi mesyuarat dan segala surat menyurat akan disediakan oleh Setiausaha.

5.3.        Menu/kudapan yang dicadangkan ialah Nasi beriayani. Khidmat katering akan digunakan. (UP : Pn Zuzana Hasan)

5.4.        Hajjah Rohana Hashim sudi untuk menaja kuih bagi sarapan pagi. Beliau juga akan menaja air mineral.

5.5.       Jawatankuasa juga mencadangkan untuk memasang 1 khemah bagi tujuan tetamu untuk makan dan minum.

5.6.        Door gift (Saguhati) juga akan disediakan kepada tetamu yang hadir. (UP: Cikgu Shalena Ismail).

5.7.        Berikut adalah tentatif majlis :

i) Majlis bermula jam 10:00 pagi dan selesai menjelang zohor

ii) Bacaan doa

iii) Ucapan Aluan pengerusi

iv) Ucapan perasmian (jika ada)

v) Mesyuarat bermula

Makluman

 

 

 

6.    Lain-Lain Hal

6.1.        Pengerusi memaklumkan untuk imam solat tarawikh pada tahun ini, beliau akan berbincang dengan Masjid Ar Rabbani dan Madrasah Solok Serban Hijau. Khidmat imam Halim mungkin tidak dapat digunakan kerana masalah kesihatan beliau.

6.2.        Ceramah mingguan. Agak dukacita kerana ia kurang mendapat sambutan. Hajjah Rohana cadangkan cuba tukar waktu mengajar dari malam ke siang. Bayaran untuk penceramah ditaja sepenuhnya oleh JAIM.

6.3.        Sebelum mengakhiri mesyuarat, Timbalan Pengerusi membacakan doa seterusnya Pengerusi menjemput Jawatankuasa untuk menjamu selera.

 


Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11:25am

 

Disediakan oleh :

TAJOL ARIFFIN BIN HASAN

Setiausaha Surau Kampung Kubang Badak



Ahad, 28 Mei 2023

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI SURAU KG SOLOK KUBANG BADAK (Kali Pertama)


20 Mei, 2023 bersamaan 29 Syawal, 1444
BUAT julung kalinya selepas menyepi selama hampir 30 tahun, Surau Kampung Solok Kubang Badak berjaya menganjurkan majlis rumah terbuka sempena aidil fitri 2023. Tahniah kepada barisan jawatankuasa yang berjaya merealisasikan apa yang sekian lama dirancang.

Hampir 30 tahun surau Kampung Solok Kubang Badak suram lantaran tidak bertunggu dan diimarahkan sewajarnya selaku sebuah surau. Keberkatan doa2 nenek moyang kita akhirnya surau kembali bangun dalam waktu yang singkat. Sekaligus mencerminkan kerjasama anak cucu warga Kg Solok Kubang Badak begitu erat biarpun dibataskan oleh jarak dan waktu. Dengan barisan jawatankuasa yang begitu komited, aura rohaniah surau yg lama dapat kita 'nur' kan kembali. Jawatankuasa sedar, merancang adalah sesuatu yg mudah tetapi merealisasikan apa yang dirancang adalah payah dan meneruskan kesinanambungan apa yg telah direalisasikan lebih2 payah! Apapun kita harus terus positif dan istiqomah untuk meneruskan jajaran yg telah terbina dan memastikan peristiwa 30 tahun lalu tidak berulang. Generasi2 kinilah yang akan memastikan agar surau kampung ini akan terus berdiri. 

Majlis semalam bukan titik akhir untuk kita menjadikannya sebagai sebuah wadah perkenalan antara cucu cicit warga Kg Solok Kubang Badak tetapi ia adalah permulaan kepada sebuah garisan yg panjang. Terima kasih kepada semua yang hadir. Teruskan memberi pandangan dan nasihat kepada barisan jawatankuasa. Assalamualaikum.


My Image

My Image


My Image

My Image


My Image

My Image

Sabtu, 20 Mei 2023

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KETIGA SESI 2022-2024

 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KETIGA SESI 2022-2024


TARIKH : 14 Mei 2023 / 11 Syaaban 1444H

MASA : 10.00 pagi

TEMPAT : Surau Kampung Solok Kubang Badak

KEHADIRAN : Rujuk LAMPIRAN ‘A’




  1. Ucapan Aluan Pengerusi


  1. Pengerusi memberikan salam dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada barisan Jawatankuasa yang berkesempatan hadir. Sepanjang 3 kali mesyuarat Jawatankuasa diadakan, mesyuarat dapat berjalan dengan lancar dan jumlah korum sentiasa mencukupi.

  2. Mesyuarat kali ini memberi fokus kepada program berskala besar pertama surau iaitu menganjurkan majlis rumah terbuka aidil fitri. Justeru perbincangan utama mesyuarat ialah membahas berkenaan program/majlis tersebut.


      Makluman


  1. Pengesahan Minit Mesyuarat lalu.


  1. En Abdul Aziz Hamzah mencadangkan Minit Mesyuarat Bil Kedua (04/03/2023) diluluskan. 

  2. En Mat Sidek Adam menyokong

  3. Jawatankuasa sebulat suara menerima cadangan tersebut.      

Makluman/Setiausaha


  1. Laporan Kewangan

    1. Bendahari memaklumkan jumlah terkini akaun semasa surau berdasarkan penyata bank terkini 31/3/2023 (Penyata untuk bulan April masih belum diterima) ialah baki tunai di bank berjumlah RM8232.74 manakala baki tunai ditangan ialah RM1322.90. laporan lengkap perbelanjaan keluar masuk dilampiran B.


Makluman/Jawatankuasa/Setiausaha/Bendahari


  1. Perkara-Perkara Berbangkit


  1. En Mat Sidek Adam bertanyakan tentang meter air surau yang masih berkongsi meter dengan rumah penduduk. Pengerusi menjelaskan, beberapa syarat perlu diikuti sebelum pemasangan meter diluluskan antaranya menyediakan tangki takungan air terlebih dahulu. Pengerusi akan membuat susulan ke Syarikat Air Melaka Berhad dan kalau perlu akan minta bantuan dari DUN Ayer Limau.

  2. Pn Rohana Hashim pula membangkitkan status kutipan dana bulanan surau. Perkara tersebut telah dijawab oleh pengerusi dalam mesyuarat jawatankuasa kali kedua (Perkara 3.2).  


        Makluman

 

  1. Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri (Sabtu 20 Mei 2023/29 Syawal 1444)


  1. Pengerusi memaklumkan akan menaja daging kambing masak rendang. Pn Rohana dan Pn Tun Zubaidah akan menaja lemang, bubur lambuk, nasi himpit dan rendang ayam beserta kuah kacang dan masak lodeh.

  2. Jawatankuasa mengharapkan lebih kurang 250 orang atau lebih tetamu dapat hadir bagi merealisasikan sesi suai kenal antara warga anak cucu Kg Kemadak. Jemputan khas juga akan dibuat kepada Madrasah Solok Serban Hijau dan Masjid Ar Rabbani serta tetamu VIP DUN Ayer Limau.

  3. Jawatankuasa bersetuju mengadakan cabutan no bertuah dan menyediakan 20 hamper serta duit raya khas untuk kanak-kanak. 

  4. Jawatankuasa juga mencadangkan tetamu dapat membawa kuih raya secara potluck.

  5. Jawatankuasa juga pada dasarnya bersetuju meluluskan perbelanjaan majlis sekitar RM3000.00 (RM: Tiga Ribu Sahaja) dan akan dikeluarkan oleh Bendahari dari akaun semasa surau.

  6. Berikut adalah tentatif majlis :

i) Majlis bermula jam 10:00 pagi dan selesai menjelang zohor

ii) Bacaan doa

iii) Ucapan Aluan pengerusi

iv) Ucapan perasmian (jika ada)

v) Jamuan bermula

vi) Cabutan bertuah akan dilakukan secara selang masa (bukan sekaligus)

Makluman


  1. Lain-Lain Hal

    1. Bendahari mohon diluluskan peruntukan untuk membeli peti ais dan dispenser (air panas sejuk). Anggaran budget ialah RM1500.00. Jawatankuasa bersetuju dan kemudahan tersebut bukan saja boleh digunakan oleh orang-orang kampung dan Jemaah tetapi oleh tetamu dari luar (musafir) yang menumpang solat di surau. 

    2. Pengerusi memaklumkan akan mengadakan majlis korban sempena aidil adha akan datang. RM600.00 untuk 1 bahagian. Kepada sesiapa yang berhajat boleh berhubung dengan pengerusi. Setakat ini 2 ekor lembu disediakan yang membolehkan 14 bahagian ditawarkan. Jika sambutan menggalakan, tambahan untuk seekor lembu lagi juga boleh disediakan.

    3. Sebelum mengakhiri mesyuarat, Timbalan Pengerusi membacakan doa seterusnya Pengerusi menjemput Jawatankuasa untuk menjamu selera.



Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tgh hari.


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KELIMA SESI 2022-2024

  MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KE LIMA SESI 2022-2024 TARIKH : 17 Nov 2024 / 15 Jamadilawal  1445H MASA : 10.00 pagi TEMPAT : S...